Tiada petunjuk saki baki pengganas masuk ke Keningau

Tiada petunjuk saki baki pengganas masuk ke Keningau - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada petunjuk saki baki pengganas masuk ke Keningau, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada petunjuk saki baki pengganas masuk ke Keningau
link : Tiada petunjuk saki baki pengganas masuk ke Keningau

Baca juga


Tiada petunjuk saki baki pengganas masuk ke Keningau

KENINGAU: Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Ahmad Jawila mengesahkan tiada petunjuk saki baki pengganas dari Marawi di Mindanao, selatan Filipina, menyusup masuk ke kawasan pendalaman Sabah khususnya di Keningau.

Beliau berkata belum ada maklumat risikan bahawa anggota kumpulan militan melarikan diri untuk bersembunyi di daerah itu susulan pihak tentera Filipina melancarkan serangan berterusan ke atas bandar Marawi bagi membebaskan bandar itu daripada penguasaan kumpulan militan itu.

Beliau berkata persiapan rapi telah dilaksanakan bagi memastikan umat Islam di kawasan pedalaman, khususnya di Keningau dapat meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan selamat serta aman.

"Polis Keningau telah meletakkan anggota di setiap pintu masuk sempadan seperti Tawau ke Keningau, Tenom dan Penampang sebagai langkah keselamatan," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau di sini, hari ini.

Beliau berkata Keningau sentiasa berada dalam keadaan aman dan damai serta selamat dikunjungi oleh orang ramai dan pelancong asing.

Namun, beliau meminta orang ramai agar sentiasa memberi kerjasama kepada pasukan keselamatan dengan menyalurkan maklumat sekiranya melihat sebarang elemen jenayah di kawasan masing-masing.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Elron Alfred Angin, dan Ketua UMNO Bahagian Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Yassin.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tiada petunjuk saki baki pengganas masuk ke Keningau

Sekianlah artikel Tiada petunjuk saki baki pengganas masuk ke Keningau kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada petunjuk saki baki pengganas masuk ke Keningau dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tiada-petunjuk-saki-baki-pengganas_26.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :