Tidak mustahil UMNO kerjasama dengan Pas jika Cina terus tolak BN

Tidak mustahil UMNO kerjasama dengan Pas jika Cina terus tolak BN - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tidak mustahil UMNO kerjasama dengan Pas jika Cina terus tolak BN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tidak mustahil UMNO kerjasama dengan Pas jika Cina terus tolak BN
link : Tidak mustahil UMNO kerjasama dengan Pas jika Cina terus tolak BN

Baca juga


Tidak mustahil UMNO kerjasama dengan Pas jika Cina terus tolak BN

KUALA LUMPUR – Sekiranya Barisan Nasional (BN) terus ditolak oleh pengundi Cina tidak mustahil untuk BN yang diterajui oleh UMNO untuk bekerjasama dengan Pas, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Dalam satu temubual bersama MalaysiaGazette, Zainal Abidin berkata perkara itu tidak mustahil dilakukan BN sekiranya parti komponen BN antaranya MCA dan Gerakan terus gagal mendapat kepercayaan masyarakat Tionghoa di negara ini.

“Tidak mustahil kalau masyarakat Cina buang BN, dan buang BN daripada kamus hidup mereka, undi kepada BN tidak sampai 4 peratus.

“Mungkin UMNO kena kerjasama dengan Pas pada PRU14 dan menang 120 kerusi dan Pas 30 kerusi. Mungkin Pas akan jadi rakan kerjasama kerajaan untuk buat status dua pertiga,” katanya.
Ujarnya lagi, sekiranya UMNO dan Pas bekerjasama membentuk kerajaan, ia merupakan menjurus kepada pelaksanaan dasar-dasar Pas-UMNO yang akan memberikan kerugian besar kepada masyarakat Cina.

“Kalau orang Cina nak negara diperintah oleh orang Melayu dan Islam secara keseluruhannya, bagi sahaja UMNO dan Pas perintah. Kalau itu yang masyarakat Cina mahu.

“Kalau mereka boleh fikir dengan lebih baik, maka mereka kena fikir kemajmukan yang kita bina dalam negara ini yang diperintah oleh semua kaum, elok mereka kembali menyokong BN supaya dengan ini dapat membangunkan negara ini,” ujarnya lagi.
Prestasi MCA dan Gerakan merudum pada dua PRU lalu apabila gagal mempertahankan negeri Pulau Pinang yang kini dipimpin DAP.

Malah MCA cuma menang tujuh kerusi parlimen daripada 37 buah kerusi dan 11 kerusi daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). -MalaysiaGazette.


Demikianlah Artikel Tidak mustahil UMNO kerjasama dengan Pas jika Cina terus tolak BN

Sekianlah artikel Tidak mustahil UMNO kerjasama dengan Pas jika Cina terus tolak BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tidak mustahil UMNO kerjasama dengan Pas jika Cina terus tolak BN dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tidak-mustahil-umno-kerjasama-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :