link : Tiga Ditahan Belanja Guna Kad Kredit Palsu
Tiga Ditahan Belanja Guna Kad Kredit Palsu
SADAO, Thailand - Tiga lelaki rakyat Malaysia mengeluarkan 600,000 Baht (RM77,000) dari bank-bank tempatan di sini menggunakan kad kredit dan ATM palsu dan membelanjakan kesemua wang itu sepanjang 28 hari mereka berada di Thailand.
Bagaimanapun, polis menahan ketiga-tiga mereka, dipercayai anggota sindiket kad kredit palsu itu, di pusat Imigresen Danok petang semalam bersama-sama 30 kad kredit dan ATM palsu ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia.
"Mereka berbelanja dengan mewah sepanjang 28 hari berada di Danok, Songkla dan Phuket sehingga habis kesemua wang itu," kata Ketua Polis Imigresen Wilayah Songkla Kol Sangkom Takso di sini dan menambah, penangkapan dilakukan dengan kerjasama Polis Bahagian Siasatan Jenayah Sadao.
Pihak polis menerima laporan dari bank-bank yang menjadi mangsa lelaki terbabit, katanya dan menambah, mereka menemui 30 kad kredit dan kad ATM palsu, alat memalsu kad, senarai kod dan wang tunai daripada lelaki itu.
Mereka turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda dinaiki tiga lelaki itu yang berdaftar di Pulau Pinang, kata Sangkom. - Bernama
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Tiga Ditahan Belanja Guna Kad Kredit Palsu
Sekianlah artikel Tiga Ditahan Belanja Guna Kad Kredit Palsu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiga Ditahan Belanja Guna Kad Kredit Palsu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tiga-ditahan-belanja-guna-kad-kredit.html