link : Tindakan Tegas Individu Miliki & Berniaga Mercun
Tindakan Tegas Individu Miliki & Berniaga Mercun
IPOH – Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang didapati memiliki, menyimpan, menggunakan atau berniaga mercun dan bunga api tanpa kebenaran pasukan keselamatan itu.
Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata menjelang musim perayaan Aidilfitri, pihaknya melarang mana-mana individu memiliki, menyimpan, menggunakan atau berniaga mercun dan bunga api kecuali yang dibenarkan sahaja.
“Antara mercun dan bunga api dibenarkan adalah jenis ‘pop-pop’ dan ‘happy boom’ mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan dibenarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hasnan berkata individu yang didapati melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Perkara 74 hingga 78 Peraturan-peraturan Bahan Letupan 1923. – BERNAMA
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Tindakan Tegas Individu Miliki & Berniaga Mercun
Anda sekarang membaca artikel Tindakan Tegas Individu Miliki & Berniaga Mercun dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tindakan-tegas-individu-miliki-berniaga.html