link : Tip Ini Cukup Membantu Untuk Anda Yang Jenis Mengantuk Waktu Pergi Solat Tarawih
Tip Ini Cukup Membantu Untuk Anda Yang Jenis Mengantuk Waktu Pergi Solat Tarawih
Pernah tak anda rasa sangat mengantuk ketika solat tarawih? Kadang sampai terlelap waktu tunggu imam habis baca ayat. Allah, tak mampu nak buat apa kalau dah mengantuk!
Sebenarnya perkara ini sangat mengganggu ibadah, anda jadi tidak fokus dan khusyuk saat beribadah.
Jadi ramai yang kadang berat hati dan sudahnya tak nak pergi tarawih! Jangan biasakan ya, rugi sebab setahun sekali saja boleh kaut pahala ini. Ok, cuba anda guna beberapa cara ini untuk teruskan solat tarawih setiap hari... Ini nih caranya agar kamu tidak ngantuk lagi saat tarawih.
1. Jangan makan ikut nafsu
Keburukan kebanyakan kita ni, suka makan selagi boleh sumbat. Kadang dah sendawa pun tangan masih lagi laju menyuap. Hmmm... macam mana tak mengantuk selepas makan? Sudahnya, kejap saja bertukar jadi 'ular sawa' atas sofa...
2. Jangan baring selepas berbuka
Kesalahan besar kalau anda kononya nak baring kejap. Jadi seeloknya selepas selasi makan, terus ambil wuduk dan get ready ke surau. Kalau sempat mandi, lagi bagus! Barulah segar mata nak celik.
3. Pergi ke masjid ajak kawan
Ajaklah kawan buat teman pergi solat tarawih. Sekurang-kurangnya kalau rasa mengantuk boleh berbual atau bergurau kejap. Lebih elok pilihlah masjid yang boleh pergi dengan jalan kaki sebab kalau berjalan, sempatlah bakar kalori. Confirm tak mengantuk!
4. Minum air putih lebih banyak
Agar tidak kekenyangan, jangan makan banyak tapi lebihkan minuman. Sebagai gantinya, minumlah air putih lebih banyak. Atau anda boleh minum air suam atau sejuk.
5. Ingatkan diri sendiri: "Tahun Ini Sempat, Tahun Depan Belum Tentu."
Paling mujarab untuk naikkan semangat pergi tarawih, pegang pada kata-kata ini sebab belum tentu anda akan bertemu lagi dengan Ramadan tahun depan. Jadi, teruskan selagi boleh.
Macam mana, agak-agak boleh kumpul semangat nak pergi tarawih lagi tak?
Semoga anda boleh hilangkan rasa mengantuk dan pastikan cukup tidur! Itu kunci utama dan perlulah anda curi-curi tidur siang kejap.
Moga bermanfaat...
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Tip Ini Cukup Membantu Untuk Anda Yang Jenis Mengantuk Waktu Pergi Solat Tarawih
Anda sekarang membaca artikel Tip Ini Cukup Membantu Untuk Anda Yang Jenis Mengantuk Waktu Pergi Solat Tarawih dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tip-ini-cukup-membantu-untuk-anda-yang.html