Tip Raya Untuk Para Single Sekalian

Tip Raya Untuk Para Single Sekalian - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tip Raya Untuk Para Single Sekalian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tip Raya Untuk Para Single Sekalian
link : Tip Raya Untuk Para Single Sekalian

Baca juga


Tip Raya Untuk Para Single Sekalian

Tip Raya Untuk Para Single Sekalian

Hai semua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua dan rakan rakan pelajar Universiti Putra Malaysia semua (sorry dari U lain min huhu.

Sebelum raya ni aku tengok ramai yang share pasal soalan panas hari raya daripada pakcik makcik sedara semua. Tak lain tak bukan pasal jodoh la. Ramai yang kata soalan ni buat dorang tak puas hati macam takda soalan lain dah sedara sedara nak tanya. Saja nak bagi kita sakit hati. Jadi nak balas soalan ni dengan jawapan yang panas jugak la. Sampai ada orang yang buat video yang tak berapa nak elok semata mata nak jawab soalan killer ni.

Nak dijadikan cerita aku pun kena tanya soalan macam ni jugak. Walaupun aku ni seorang lelaki dan tak kisah sangat dengan soalan macam ni, tapi bila dah kena tanya selalu dan semua yang ada waktu tu tunggu aku jawab, lain jugak la rasanya. Banyak kali kot kena soalan ni sebab rumah aku ni kalau raya ramai orang datang. Sedara mara, kawan kawan parent semua datang. Fullhouse selalu. Oh untuk pengetahuan korang, aku sekarang ni student tahun akhir di fakulti yang jauh dari fakulti lain. Sesuai la dengan bidang fakulti ni yang banyak ladang. Okay, berbalik kepada topik. Bila aku kena soalan ni aku pun jawab ja elok elok. Aku gtau terus ja kata aku sekarang ni pun tengah mencari jugak. Tapi belum jumpa lagi. Aku sengih sengih ja jawab soalan ni. Tak nak la tunjuk muka sedih aku ni heeee. Yela, dorang siap tambah ayat kena cari cepat sebab bila habis belajar susah nak cari and aku pun dah nak habis belajar. Lepas aku jawab soalan susulan lain, dorang pun sembang topik lain pulak. Lega aku rasa then aku selalu beransur gi tolong apa yang patut kat dapur.

Lepas dorang borak borak semua and nak balik aku pun pergi jumpa dorang nak salam salam atau senyum sikit kalau tak boleh salam. Yang aku tak sangka, bukan setakat salam atau dapat duit raya ja (haha). Tapi dorang nak kenalkan aku kat anak dorang atau anak sedara dorang. Orang tua kata nak suruh kawan. Ramai jugak yang cakap macam tu walaupun bukan semua. Dorang cakap personal kat aku sendiri bukan depan orang ramai so maknanya dorang serius la tu. Aku tersengih sengih jawab Okay jugak hehe. Simple aku jawab tapi penuh pengharapan jugak. Haha. Pastu aku pun tersengih sengih sendiri.

Jadi apa yang aku nak cakap kat sini, sedara mara atau kawan kawan parent korang datang tu bukan setakat nak beraya ja. Dorang nak kenal kenal ahli keluarga jugak. Bila kena tanya soalan panas macam ni, jawab elok elok. Jangan tunjuk muka tak puas hati, bagi jawapan sentap atau blah dari situ terus. Dorang nak tengok perangai kita dengan orang tua macam mana. Nak tahu status kita dan berpunya atau belum. Yela time macam ni la semua orang balik kampung dan boleh tanya soalan macam ni secara bersahaja. Waktu lain tak berapa sesuai. Nak sembang topik lain dengan kita pun bukan kita tahu pun. Topik ni ja yang sesuai selain topik belajar mana, kos apa, berapa tahun lagi nak habis. Dorang pun mungkin ada anak lelaki atau perempuan yang tengah mencari jugak. Ni jugak salah cara orang tua tua merisik dalam diam. So bila kena soalan macam ni lagi, jawab baik baik. Lagi satu, elakkan share koleksi jawapan sentap dari facebook sebab mungkin dorang ada dalam friend list kita. Walaupun kita sebenarnya nak bergurau, kecik hati kalau dorang sebenarnya ada niat nak tanya time ziarah nanti tapi korang share something yang buat dorang sentap jugak.

So aku nak bagi la sikit tips tips hari raya untuk yang masih mencari (yang tak mencari pun sebenarnya perlu jugak buat sebab common sense ahaha).
1. Berpakaian kemas. Tak kisah la baju kurung, baju melayu atau mana mana baju pun. Bagi nampak korang smart tak selekeh. Biar nampak menjaga penampilan.
2. Senyum. Ni nak tunjukkan yang korang ni orang yang happy bila jumpa orang lain yang mungkin korang tak kenal lagi.
3. Tunjuk muka. Maksud aku kat sini adalah bila orang datang ziarah pergi salam dan duduk sekejap walaupun tak sembang. Selalunya orang yang datang ziarah akan sembang dengan parent korang. Sikit sikit ja sembang dengan korang. Jangan main phone. Time ni korang perhati siapa yang datang dan tahukan pangkat dorang dengan korang. Then lepas lama sikit pergi tolong kat dapur. Mintak diri kata nak pergi dapur. Kalau malu cakap ja Kejap ye, nak pergi tolong kat dapur jap. Settle.
4. Ringan tulang. Rajinkan diri tolong angkat pinggan mangkuk, isi air, basuh pinggan atau lain-lain. Sejuk hati orang yang datang tengok korang ni rajin tak bersuruh. Tapi paling penting sejuk hati parent korang ada anak rajin macam korang. Kalau tiba-tiba sedara atau kawan parent korang pergi dapur then nampak korang basuh pinggan, cair terus dorang haha.
5. Bilik kemas. Sebabnya ada orang datang ziarah belum solat atau tak sempat. Kemas bilik bagi ada ruang yang selesa nak solat. Siapkan sejadah atau letak kain telekung. Ini akan bagi reflection yang korang ni sebenarnya seorang yang teratur dan off course, kemas.

Antara ketiga tips tu, yang ketiga adalah paling penting. Sebabnya, orang nak menantu yang boleh berjumpa dengan orang lain. Tak terperap dalam bilik ja. Bila orang datang terus masuk bilik tu silap besar la. Kalau sampai parent kita yang kena pergi panggil dalam bilik balik lagi teruk. Major turn off. Macam parent tak ajar anak. Sebab dari sini dorang dah boleh agak macam mana nak jadi masa akan datang. Orang lama ni banyak pengalaman. Macam mana pun, tips yang aku cakap ni adalah common sense yang patut ada dalam diri kita. Aku pun kekadang terlepas pandang jugak huhu.

Ni adalah pendapat yang aku kongsikan dari pengalaman aku yang sikit sebagai anak muda yang masih mencari rentak hidup. Kalau ada yang rasa tak okay aku mintak maaf awal awal. Selamat Hari Raya!!!

Agro

Sumber & Kredit: iiumc

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tip Raya Untuk Para Single Sekalian

Sekianlah artikel Tip Raya Untuk Para Single Sekalian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tip Raya Untuk Para Single Sekalian dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tip-raya-untuk-para-single-sekalian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :