link : Tolonglah Marah Anak Tapi Jangan Sampai Maki & Mengherdik!
Tolonglah Marah Anak Tapi Jangan Sampai Maki & Mengherdik!
Pernah berdepan situasi mak ayah yang marah anak sampai terpekik-pekik dan keluarkan perkataan tak patut? Ok, mungkin anaknya sedikit nakal.
Namun anak nakal itu bukan kerana jahat. Tetapi kadang anak suka explore dan ada sikap ingin tahu dalam dirinya. Jadi tak perlulah marah melampau jika anak buat silap.
Sebelum terlambat, mak ayah patut betulkan cara didikan dan teguran pada anak seperti perkongsian oleh saudara Syahr Musafir ini...
Rutin biasa, saya membawa isteri dan anak-anak ke supermarket untuk urusan beli-belah barangan keperluan kami sekeluarga. Bukan penuh dengan barang sahaja, tetapi troli 'penuh' dengan anak-anak juga kerana kedua-dua puteri yang menjengah usia 6 dan 4 tahun ini nak duduk dalam troli. Almaklumlah, anak-anak kecil. Ada-ada saja ideanya nak bergembira. Along ST dan Angah IY duduk dalam troli, Papa-lah yang menolaknya. Ke situ, ke sini. Seronok!
Isteri saya, mendukung si anak ketiga kami yang berusia 4 bulan, ke bahagian barangan basah, nak cari bawang dan cili kering katanya. Saya pula ke bahagian confectioneries, saja nak belikan coklat untuk anak-anak.
Sedang asyik memilih biskut, saya perasan ada sepasang ibu bapa muda (saya rasa awal 30-an, nampak lebih tua berbanding saya dan isteri) di hujung sana, bersama dua orang anak kecil. Saya mengagak, dua anak mereka sebaya anak-anak kami. Seorang, anak lelaki, duduk di troli. Seorang, anak perempuan yang lebih besar, berjalan sendiri di sisi ibu bapanya.
Si anak perempuan mengambil sesuatu dari rak, nampak semacam bar coklat, dan berlari ke arah ibunya.
"Ibu, Kakak nak ni.." suaranya comel, nada sederhana, gaya memujuk ibunya.
Jawab si ibu, "Kan aku dah kata, datang ikut ke supermarket je, bukan suruh kau pilih itu ini yang kau nak. Tak boleh!" dengan suara yang kuat.
Si anak perempuan mencebik muka, mengalih muka ke arah lain. Nampak macam nak nangis, tetapi tidak nangis. Dia masih memegang coklat di tangannya.
"Adik nak jugak, adik nak jugak!" jerit si anak lelaki, menunjuk-nunjuk ke arah kakaknya yang sedang memegang coklat.
"Aduh, bodoh sungguh. Kan aku dah cakap tak boleh beli coklat tu. Pergi letak balik!" arah si ibu kepada si anak perempuan. Suaranya kali ini lebih kuat berbanding tadi. Marah betul dia.
Si anak perempuan semacam nak menangis sambil berlari-lari anak ke arah rak coklat, tiba-tiba dia terjatuh ke lantai. Dia seakan mula menangis, air mata bercucuran di pipi, tetapi tanpa suara.
Datang si bapa menghampiri si anak lelaki di troli, dihempuknya kepala dengan tangan, semacam menampar. Datang pula dia mendekati si anak perempuan, disekehnya juga, agak kuat sampai saya boleh dengar bunyinya.
"Bengong sungguh. Aku oyak doh toksey dengar, bodo nok mapuh (Aku cakap tak nak dengar, bodoh nak mampus). Monyet tok buah ginimo lalu (Monyet pun tak buas macam ni), kero pun tok lembek ginimo sapa buleh jatuh kokse (kera pun tak lembik macam ni sampai jatuh-jatuh tanpa sebab)."
Astaghfirullahal 'azim. Saya ingatkan si ibunya sahaja begitu, rupa-rupanya si bapa pun berperangai yang sama. Bahkan, lebih teruk lagi.
Saya dengar semuanya. Saya nampak semuanya. Jelas. Cepat-cepat saya menolak troli (dua puteri saya dalamnya) ke bahagian lain. Rasa menyesal berada di situ tadi. Tak sanggup nak tengok dua anak kecil dimaki sebegitu.
"Papa, what was it just now?" tanya Along kepada saya yang sedang menolak troli.
Saya terkejut, "Oppss, sorry. Apa dia, Along? Along tanya apa?..."
"Tadi tu, what happened? What did the mother say to the kids? I heard something.." tanya Along lagi. Puteri kedua kami, Angah IY turut sama memasang telinga.
Saya tak pasti apa yang didengarnya, agak-agak saya kedua-dua anak ini mendengar segala dialog yang berlaku antara ibu bapa dan dua anak di bahagian coklat tadi. Saya, kalau boleh, tak mahu bercerita panjang berkenaannya. Sebab saya pasti, contoh situasi tersebut tidak elok.
"I don't know what the mother and father really meant just now... They spoke so fast... But I did feel something. They were angry at their kids, and they said monyet. Monyet is monkey, right? Like, the mother was calling the girl a monkey, was it? Papa, tell me.... I feel so sad. The words make me so sad. Her words were hurtful... Hurt my feelings. I feel like crying. And that girl must be so sad too..." kata Along kepada saya, menitis air matanya.
"Dia marah girl and boy tu..." sambung si Angah, menangis juga.
Along memang tak faham sangat orang cakap Bahasa Melayu dengan cepat-cepat, tambah lagi mereka tadi bercakap dalam loghat Kelantan. Tetapi dia dan Angah faham situasi yang berlaku antara ibu bapa dan anak-anak tadi. Along dan Angah menangis. Saya peluk dan menenangkan kedua-duanya sambil menerangkan, "Let's ignore that for now. Kita pergi beli barang tempat lain ye..."
I was speechless.
Tak tahu nak kata apa.
Nak marah si ibu bapa tadi sebab berkata-kata sebegitu, saya rasa tak mampu nak 'straight-forward' menegur. Nak pergi memujuk si anak-anak mereka yang bersedih dan dimaki-hamun sebegitu, siapalah saya nak buat begitu, mereka bukan anak-anak saya, tidak kenal pula tu.
Anak-anak adalah anak-anak. Kanak-kanak adalah kanak-kanak. Ada masanya memang kita layan penuh manja, pujuk rayu, lemah-lembut. Tak saya nafikan, ada masanya perlu bertegas, ada elemen marah juga, tetapi SEKADARNYA, dengan penuh kasih sayang.
Marahlah anak, TETAPI mengherdik, memaki-hamun, menyumpah, mencaci-maki, TIDAK PATUT.
Membahasakan diri sebagai, "Aku Kau" dengan anak-anak dengan nada marah, TIDAK PATUT.
Saya pernah dengar orang Jawa bercakap 'aku kau' antara ibu bapa dan anak, tetapi tidaklah mereka sampai menggelarkan anak sebagai 'monyet.'
Allahu Allah...
Saya bukan nak mengajar ilmu keibubapaan, tetapi sebagai seorang manusia mahukah kita orang gelar-gelarkan dengan gelaran sebegitu, monyet, kera, dan sebagainya kepada kita? Kalau kita tak suka orang panggil kita sebegitu, kenapa kita GELARKAN SEBEGITU KEPADA ANAK-ANAK KITA?
Tolonglah, wahai ibu bapa sekalian, kalau nak marah anak sekali pun, marahlah, TETAPI JANGAN SAMPAI MENCACI-MAKI, MENGHERDIK segala bagai. Sampai begitu sekali.
Hati anak-anak saya pun boleh tersedih sama dengan herdikan sebegitu yang ditujukan kepada anak-anak lain, masakan kita tak boleh bayangkan bagaimana perasaan anak-anak yang diperlakukan sebegitu?
Please... Marah anak, tetapi jangan sampai mengherdik.
Please... Marah anak, tetapi jangan sampai mencaci kejadian.
Please... Pukul anak, tetapi jangan sampai mendera.
Please... Marah dan pukul anak, tetapi janganlah di tempat publik ramai orang boleh nampak, boleh lihat. Anak-anak, walaupun kecil, juga punya perasaan, punya maruah.
Dan please.... Ibu bapa yang mengherdik, caci, maki-hamun dan memberi gelaran negatif kepada anak-anak, bukan menampakkan keburukan si anak kecil, tetapi menampakkan sikap buruk ibu bapa.
Hari ini kita herdik anak-anak kecil, jangan salahkan mereka jikalau mereka mengherdik kita sebagai ibu bapa apabila kita sudah tua nanti.
Moga Allah SWT beri hidayah kepada kita semua untuk menjadi ibu bapa yang baik dan memberi ruang untuk penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Bersyukurlah kita dikurniakan anak, ramai lagi pasangan suami isteri yang menunggu kelahiran anak yang tak kunjung tiba... Bersyukurlah, INGATLAH KEPADA ALLAH SWT KETIKA KITA MEMANDANG ANAK-ANAK KITA.
Salah satu sebab kanak-kanak membuli di sekolah, adalah kerana mereka 'dibuli' oleh ibu bapa di rumah.
Demikianlah Artikel Tolonglah Marah Anak Tapi Jangan Sampai Maki & Mengherdik!
Anda sekarang membaca artikel Tolonglah Marah Anak Tapi Jangan Sampai Maki & Mengherdik! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tolonglah-marah-anak-tapi-jangan-sampai.html