Tradisi Mandi Kayu Manis Pebersvend Masyarakat Denmark

Tradisi Mandi Kayu Manis Pebersvend Masyarakat Denmark - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tradisi Mandi Kayu Manis Pebersvend Masyarakat Denmark, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tradisi Mandi Kayu Manis Pebersvend Masyarakat Denmark
link : Tradisi Mandi Kayu Manis Pebersvend Masyarakat Denmark

Baca juga


Tradisi Mandi Kayu Manis Pebersvend Masyarakat Denmark

Jika anda masih belum berkahwin pada usia 30 tahun, ada sejenis amalan unik yang diamalkan oleh masyarakat Denmark, dimandikan dengan serbuk kayu manis!
Pebersvend

Walaupun kedengaran pelik dan ketinggalan zaman, tradisi mandi serbuk kayu manis masih diamalkan oleh masyarakat Denmark dan telah diamalkan semenjak abad ke 16 lagi.

Tradisi Pebersvend atau juga dikenali sebagai Paper Dude dilakukan bagi memperingati golongan pedagang rempah ratus satu ketika dahulu.

Pada waktu itu, pedagang kerap mengembara ke seluruh dunia untuk menjual hasil dagangan mereka.

Disebabkan keadaan ini, golongan tersebut sering terlambat untuk mendirikan rumah tangga.

Bagi mengingatkan golongan ini tentang perkahwinan, maka terciptalah amalan mandi serbuk kayu manis.

Namun, siapa yang memulakan upacara unik ini masih kekal misteri.

Upacara mandi serbuk kayu manis biasanya disambut ketika ulang tahun kelahiran individu tersebut.

Pebersvend

Pada hari istimewa ini, ia akan dihadiri oleh keluarga terdekat dan juga rakan-rakan.

Selain serbuk kayu manis, ada sesetengahnya dimandikan dengan bahan-bahan lain seperti semburan air, lada hitam, kek dan sebagainya.

Pada hari tersebut, individu tersebut perlu mendiamkan diri dan perlu mengikut setiap arahan dari ahli keluarga dan rakan-rakan mereka.

Selain itu, individu tersebut juga tidak boleh menetapkan jumlah serbuk kayu manis yang digunakan.

Dan setiap kali upacara mandi kayu manis ini dijalankan, sebuah arca khas akan dibina bagi individu yang belum berkahwin itu.

Arca akan dibuat dalam pelbagai bentuk seperti manusia, haiwan, robot dan sebagainya.

Pebersvend

Pada masa yang sama, hanya bahan tertentu sahaja yang boleh digunakan untuk membuat arca dan kebiasaannya menggunakan 'tong drum' atau besi terpakai.

Supaya kelihatan menarik, arca dibina akan dihiasi dengan pelbagai warna dan corak.

Selain itu, angka 30 dan nama individu tersebut akan ditulis pada mana-mana bahagian pada arca tersebut.

Menarik kan.

BACA INI JUGA: 5 Tradisi Perkahwinan Paling Mengarut Di Seluruh Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tradisi Mandi Kayu Manis Pebersvend Masyarakat Denmark

Sekianlah artikel Tradisi Mandi Kayu Manis Pebersvend Masyarakat Denmark kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tradisi Mandi Kayu Manis Pebersvend Masyarakat Denmark dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tradisi-mandi-kayu-manis-pebersvend.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :