link : Tragedi Grenfell: 42 Mayat Dalam Satu Bilik?
Tragedi Grenfell: 42 Mayat Dalam Satu Bilik?
SATU dakwaan berhubung insiden kebakaran di Menara Grenfell, London pada minggu lalu mendedahkan sebanyak 42 mayat ditemui dalam satu bilik oleh pasukan mencari dan keselamatan.
Dipercayai mayat kesemua mangsa itu ditemui di dalam salah sebuah unit pangsapuri tersebut beberapa hari lalu.
Menerusi satu video yang dimuat naik di Youtube menunjukkan seorang lelaki yang tidak bernama bercakap di hadapan bangunan menara yang hangus itu.
Lelaki berkenaan berkata: “Saya mempunyai seorang rakan yang bertugas untuk pasukan bomba di sini. Semalam menerusi panggilan telefon, dia memberitahu mereka menemui kira-kira 42 mayat dalam satu bilik.
“Semuanya bersembunyi bersama. Tiada siapa yang tahu mengenainya. Hanya kerana kami kenal lelaki itu yang merupakan anggota bomba memberitahu kami berhubung perkara ini, tetapi dia tidak boleh cakap banyak.
“Dia tidak boleh tampil kerana dia mungkin akan dipecat atau sesuatu lain. Tetapi katanya mereka menemui 42 mayat dalam satu bilik, dari kanak-kanak kepada orang tua.” – Mail Online/mStar Online
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Tragedi Grenfell: 42 Mayat Dalam Satu Bilik?
Sekianlah artikel Tragedi Grenfell: 42 Mayat Dalam Satu Bilik? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tragedi Grenfell: 42 Mayat Dalam Satu Bilik? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tragedi-grenfell-42-mayat-dalam-satu_20.html