Trump Terus Cari Pasal Dengan Datuk Bandar London

Trump Terus Cari Pasal Dengan Datuk Bandar London - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Trump Terus Cari Pasal Dengan Datuk Bandar London, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Trump Terus Cari Pasal Dengan Datuk Bandar London
link : Trump Terus Cari Pasal Dengan Datuk Bandar London

Baca juga


Trump Terus Cari Pasal Dengan Datuk Bandar London


LONDON: Presiden Donald Trump, sekali lagi mengecam Datuk Bandar London, Sadiq Khan berhubung reaksinya terhadap serangan maut di bandar raya itu ketika rakyat Britain dan ahli politik memuji cara Khan mengendalikan keadaan selepas tragedi berkenaan. 

Trump menuduh Khan membuat 'alasan menyedihkan' berhubung kenyataannya menggesa penduduk London supaya tidak bimbang dengan kehadiran ramai anggota polis di jalan raya berikutan serangan itu. 

Namun Perdana Menteri Britain, Theresa May, berkata Khan melakukan tugas yang baik, mengulangi sentimen warga London. 

Tiga militan memandu van dan merempuh pejalan kaki di London Bridge malam Sabtu lalu, sebelum menuju kawasan Pasar Borough dan mengelar leher dan menikam mangsa secara rambang. Polis menembak mati ketiga-tiga militan itu. 

Pagi kelmarin, Khan berkata penduduk akan melihat pertambahan jumlah anggota polis di jalan raya di kota raya itu dan tidak perlu bimbang mengenainya. 

Trump mempersendakan komen Khan kelmarin, berkata dalam Twitter bahawa Khan memandang remeh serangan itu. Jurucakap Khan bertindak balas mengatakan beliau mempunyai lebih banyak tugas penting untuk dilakukan daripada membalas tweet Trump yang 'kurang maklumat'. 

Komen Trump dikritik hebat di Britain tetapi presiden AS itu terus mengecam Khan semalam, berkata dalam Twitter: 

"Alasan menyedihkan oleh Datuk Bandar London, Sadiq Khan, yang perlu berfikir lebih pantas mengenai kenyataan 'tidak perlu bimbang'. - Reuters
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Trump Terus Cari Pasal Dengan Datuk Bandar London

Sekianlah artikel Trump Terus Cari Pasal Dengan Datuk Bandar London kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Trump Terus Cari Pasal Dengan Datuk Bandar London dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/trump-terus-cari-pasal-dengan-datuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :