link : Tuah Shhh...I Love You
Tuah Shhh...I Love You
Drama Shhh...I Love You membawa tuah kepada Elvina Mohamad apabila berjaya mencipta populariti sekelip mata sekali gus mengumpul ramai peminat.
Lebih menggembirakan Elvina, 22, apabila pengikut di laman Instagram miliknya naik mendadak berbanding sebelum.
Sambutan positif itu menjadi pemangkin semangat untuk Elvina menampilkan lakonan yang lebih berkualiti.
“Menerusi drama Shhh.. I Love You, peminat mula mengenali saya. Sambutan yang diberikan sangat baik. Ke mana sahaja saya pergi mereka memanggil saya dengan nama watak drama ini.
“Sepanjang drama ini ditayangkan saya menerima banyak komen positif berbanding negatif. Pada mulanya risau juga andai penonton sukar menerima kehadiran saya tetapi sebaliknya yang berlaku.
“Bagaimanapun, itu tidak bermakna saya boleh bersikap selesa. Banyak lagi yang perlu diperbaiki terutama aspek lakonan. Perjalanan saya dalam bidang ini masih jauh,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Tuah Shhh...I Love You
Anda sekarang membaca artikel Tuah Shhh...I Love You dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tuah-shhhi-love-you.html