link : Tukar Kerajaan Belum Tentu Bawa Kebaikan Kata Pas
Tukar Kerajaan Belum Tentu Bawa Kebaikan Kata Pas
Menukar sebuah kerajaan yang sedang memerintah belum tentu membawa manfaat kepada rakyat sekiranya parti politik baharu yang dipilih gagal melaksanakan perubahan seperti diharapkan, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata, walaupun menukar kerajaan sering dilabel sebagai kebangkitan rakyat, namun berdasarkan banyak bukti, perubahan yang diharapkan itu tidak pernah menjadi kenyataan.
Katanya, ini dapat dilihat berdasarkan keadaan di beberapa negara apabila kerajaan baharu yang dipilih gagal menguruskan perubahan telah menyebabkan keadaan lebih porak-peranda dan akhirnya mengakibatkan berlakunya campur tangan kuasa asing.
“Bukan politik untuk menukar kerajaan sahaja yang utama tetapi menguruskan perubahan adalah lebih penting berbanding perubahan (kerajaan).
“Lihat sahaja di Iraq dan di Asia Barat apabila perubahan gagal diuruskan. Kita tolak rasuah dan salah guna kuasa, tetapi apabila perubahan yang dijanjikan tidak dilaksanakan dengan baik, keadaan menjadi lebih buruk,” katanya, lapor Utusan.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Pimpinan Pas Pusat di sini malam tadi. Yang turut hadir, Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan.
Tuan Ibrahim berkata, walaupun sedar kenyataannya itu boleh menimbulkan persepsi bahawa Pas sedang bekerjsama dengan UMNO tetapi hakikatnya tanggapan itu adalah tidak benar.
“Pas mahu membawa gagasan politik yang matang. Kita mahu berubah daripada politik maki hamun kerana generasi kini sudah berubah, bukan lagi generasi seperti zaman sebelum merdeka,” katanya.
Beliau juga yang memangku tugas Presiden parti berkata, tumpuan Pas ialah menjadikan Islam sebagai rahmat kepada rakyat serta menyelesaikan masalah kemiskinan dan perpaduan negara.

Demikianlah Artikel Tukar Kerajaan Belum Tentu Bawa Kebaikan Kata Pas
Sekianlah artikel Tukar Kerajaan Belum Tentu Bawa Kebaikan Kata Pas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tukar Kerajaan Belum Tentu Bawa Kebaikan Kata Pas dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tukar-kerajaan-belum-tentu-bawa_13.html