link : Tular Alat Mainan Kanak-Kanak Tertera Kalimah Allah Dan Muhammad
Tular Alat Mainan Kanak-Kanak Tertera Kalimah Allah Dan Muhammad
PARIT BUNTAR - Seorang guru telah membuat laporan polis berhubung dengan sejenis alat permainan blok yang telah dibeli untuk anak bongsunya dipercayai mengandungi unsur-unsur menyentuh sensitiviti umat Islam.
Guru terbabit, Mahnun Mat Isa, 40, berkata beliau amat terkejut apabila menemui kalimah Allah dan Muhammad yang terdapat pada bendera yang dipegang oleh watak pengganas pada alat permainan berkenaan.
Menurutnya, yang lebih memeranjatkan, watak pengganas berkenaan adalah merupakan seorang lelaki yang memakai serban yang menunjukkan seperti ciri-ciri seorang lelaki Islam.
Guru berkenaan berkata, beliau menyedari tentang perkara tersebut apabila anak bongsunya sedang bermain dengan permainan itu sambil menunjukkan watak pengganas yang memakai serban dan sedang memegang satu bendera yang memaparkan kalimah Allah dan Muhammad, katanya ketika ditanya oleh pemberita.
Ekoran terkejut dengan perkara berkenaan dia dengan segera membuat laporan polis serta turut melaporkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Perak (Maipk) cawangan Parit Buntar pada 25 Mei lalu.
Mahnun turut memberitahu bahawa dia membeli alat permainan berkenaan yang dikatakan dihasilkan di China dari sebuah kedai alat permainan di Taiping, pada 24 Mei lepas.
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob juga turut mengesahkan telah menerima laporan berkaitan dengan kes berkenaan yang telah dilaporkan oleh guru terbabit. - BERNAMA
Demikianlah Artikel Tular Alat Mainan Kanak-Kanak Tertera Kalimah Allah Dan Muhammad
Anda sekarang membaca artikel Tular Alat Mainan Kanak-Kanak Tertera Kalimah Allah Dan Muhammad dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tular-alat-mainan-kanak-kanak-tertera.html