Tun Mahathir tidak seharusnya lupa tindakan memenjarakan seterunya - Salleh

Tun Mahathir tidak seharusnya lupa tindakan memenjarakan seterunya - Salleh - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun Mahathir tidak seharusnya lupa tindakan memenjarakan seterunya - Salleh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun Mahathir tidak seharusnya lupa tindakan memenjarakan seterunya - Salleh
link : Tun Mahathir tidak seharusnya lupa tindakan memenjarakan seterunya - Salleh

Baca juga


Tun Mahathir tidak seharusnya lupa tindakan memenjarakan seterunya - Salleh

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak seharusnya lupa bahawa beliau telah menahan dan memenjarakan mereka yang menentangnya sewaktu beliau menerajui negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dalam catatan menerusi blog sskeruak.blogspot.com.

"Dari 1998 hingga 2001, Dr Mahathir menahan banyak pihak yang menentangnya dan beliau menggunakan penahanan tanpa undang-undang perbicaraan untuk menahan mereka yang beliau tidak dapat dakwa di mahkamah," katanya.

Beliau mengulas dakwaan Dr Mahathir bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengenakan tindakan keras terhadap pembangkang dan aktivis menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja sebelum pertengahan tahun 2018.

Dr Mahathir dalam blog chedet.cc pada Khamis berkata terdapat beberapa tanda atau usaha untuk membina kes bagi menangkap dan menahan pemimpin pembangkang yang akan mengakibatkan pakatan pembangkang menjadi kucar-kacir.

Salleh berkata dakwaan bekas perdana menteri itu terhadap Najib langsung tidak masuk akal dan tidak berasas.

Hakikatnya, kata beliau, Human Rights Watch menyatakan pada 1999, 2000, 2001, 2002, dan sebagainya bahawa Malaysia di bawah Dr Mahathir adalah negara polis dan Dr Mahathir sendiri merupakan diktator.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tun Mahathir tidak seharusnya lupa tindakan memenjarakan seterunya - Salleh

Sekianlah artikel Tun Mahathir tidak seharusnya lupa tindakan memenjarakan seterunya - Salleh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun Mahathir tidak seharusnya lupa tindakan memenjarakan seterunya - Salleh dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tun-mahathir-tidak-seharusnya-lupa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :