link : [UPDATE] Hiba namun reda
[UPDATE] Hiba namun reda
am@hmetro.com.my
"Kami reda dengan pemergian mengejutnya dan ketibaan 1 Syawal hari ini disambut hiba buat kami sekeluarga," kata Nafiah Ibrahim, 63, ibu Hilmi Hassan, 32, yang meninggal dunia selepas dipanah petir di Kampung Lalang Luas, Pulai Chondong, Machang semalam.
Dalam kejadian 5 petang itu,mangsa bersama enam rakan termasuk abangnya Hasmady, 42, dan anak saudara, Hadi Asyaraff Hasmady, 10, sedang melapah kerbau untuk sambutan 1 Syawal.
Menurut Nafiah, aktiviti melapah kerbau itu dibuat setiap tahun oleh arwah dan rakannya setiap kali menjelang hari raya.
"Ketika kejadian, saya berada di rumah sebelum dihubungi anak yang memaklumkan cucu saya dipanah petir dan ketika itu dia belum beritahu Hilmi maut. Sejurus tiba di hospital baru saya mengetahui Hilmi meninggal dunia.
"Bagaimanapun, saya bersyukur Hadi Asyraff dapat diselamatkan walaupun denyutan jantungnya terhenti seketika.
"Alhamdulillah, cucu saya sekarang stabil dan kini dirawat di Hospital Kuala Krai," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Riong, Machang, hari ini.
Menurutnya, jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pangkal Kerdas, Labok selepas solat sunat Aidilfitri.
Isteri mangsa, Farah Wahida Sohok, 33, berkata, terdahulu arwah suaminya pernah berpesan supaya menjaga ibunya dengan baik selepas dia tiada.
"Saya hanya mengiyakan dan tidak menganggap ia satu pesanan yang pelik. Dia juga tidak mahu membeli pakaian raya pada tahun ini kerana dianggap membazir.
"Saya reda dengan pemergiannya dan raya tahun ini sudah tiada makna bagi saya," katanya.
Harian Metro melaporkan, seorang lelaki maut dan dua lagi cedera selepas dipanah petir ketika melapah lembu untuk sambutan Aidilfitri di kawasan padang di Kampung Lalang Luas, Pulai Chondong, Machang, semalam.
Dalam kejadian 5 petang itu, mangsa, Hilmi Hassan, 32, meninggal dunia di Hospital Machang dan dua mangsa iaitu lelaki 46 tahun dan kanak-kanak 10 tahun dirawat di hospital sama kerana cedera.
Empat lagi rakannya berusia 37 hingga 55 tahun tidak cedera.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel [UPDATE] Hiba namun reda
Anda sekarang membaca artikel [UPDATE] Hiba namun reda dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/update-hiba-namun-reda.html