Usikkan Mesra Fikry Buat Siti Nordiana

Usikkan Mesra Fikry Buat Siti Nordiana - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Usikkan Mesra Fikry Buat Siti Nordiana, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Usikkan Mesra Fikry Buat Siti Nordiana
link : Usikkan Mesra Fikry Buat Siti Nordiana

Baca juga


Usikkan Mesra Fikry Buat Siti Nordiana

Amboi, sejak digandingkan berdua dalam Gema Gegar Vaganza hubungan di antara pelawak dan penyanyi ini bukan main rapat lagi ya.

Dengar cerita baru-baru ini pelawak yang pernah menjadi kontroversi kerana dikatakan terlalu kacak untuk jadi comedian ada muat naik video pendek di insta story meminta penyanyi terkenal Siti Nordiana untuk belanjanya berbuka puasa.

Lagi pula Fikry membahasakan dirinya sebagai abang. Cun sangat.
Ehemmm… ada apa-apa ke tu?

Menyedari posting ini, Kakigosip segara mendapatkan tuan punya badan dan cuba merisik apa yang terjadi sebenarnya di antara mereka?

“Oh tiada apa-apa, sebenarnya saya memang menganggap kak Nana sebagai kakak saya. Kami rapat sejak di GGV. Waktu itu, dia selalu belanja kami dan krew makan.

“Jadi apabila program tersebut tamat, kami sudah jarang berjumpa. Oleh itu, saya sengaja usik dia begitu. Tiada apa pun anatara kami,” ujarnya.

Fikry menjelaskan mungkin nampak seperti sesuatu kerana dia terlupa untuk letak perkataan ‘kakak’ di hadapan tag tersebut jadi mungkin dari situ nampak seperti ada sesuatu di antara mereka.

Fikry yang sedang naik namanya sebagai seorang pelakon menerusi sebuah drama tayangan Astro Hero Seorang Cinderella kini semakin sibuk dan punyai jadual yang padat walaupun di bulan Ramadan.

Bila ditanya tentang jadual lakonan di bulan puasa, Fikry berkata dia terpaksa bekerja keras walaupun pada mulanya agak sukar.

“Memang penat, lagi pula saya memang tak biasa dengan semua ni. Mula-mula agak susah lah jugak untuk saya lalui, bangun awal pulang lewat. Tapi lama kelamaan ia menjadi mudah dan jadi seperti biasa.

“Berpuasa dia waktu shooting ni seronok, kami (barisan pelakon) selalu berbuka puasa bersama. Malah ditambah pula dengan krew-krew yang terlibat memang meriah!” katanya pada Kakigosip.

Fikry yang suka menggelarkan dirinya sebagai abang di Instagram juga sempat berkongsi persiapan rayanya.

Katanya, buat masa ini dia langsung tidak sempat membeli sebarang baju raya namun bersyukur kerana ada pihak sanggup menaja pakaian raya buatnya.

Malah, Fikry juga berkata tahun ini dia bakal beraya di Jitra, Kedah dan bakal berada semula di Kuala Lumpur pada 5 Julai nanti.

The post Usikkan Mesra Fikry Buat Siti Nordiana appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Usikkan Mesra Fikry Buat Siti Nordiana

Sekianlah artikel Usikkan Mesra Fikry Buat Siti Nordiana kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Usikkan Mesra Fikry Buat Siti Nordiana dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/usikkan-mesra-fikry-buat-siti-nordiana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :