UteM Hasil Alat Mudah Lelaki Kencing Tanpa Ke Tandas

UteM Hasil Alat Mudah Lelaki Kencing Tanpa Ke Tandas - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UteM Hasil Alat Mudah Lelaki Kencing Tanpa Ke Tandas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UteM Hasil Alat Mudah Lelaki Kencing Tanpa Ke Tandas
link : UteM Hasil Alat Mudah Lelaki Kencing Tanpa Ke Tandas

Baca juga


UteM Hasil Alat Mudah Lelaki Kencing Tanpa Ke Tandas

MELAKA – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menghasilkan produk ‘Male Urinal System’ yang dikenali ‘Suci-Uris’ bagi memudahkan pengguna khususnya golongan lelaki buang air kecil tanpa perlu ke tandas.

Naib Canselor UTeM, Profesor Dr. Shahrin Sahib berkata produk yang dihasilkan kira-kira setahun menerusi penyelidikan gunaan itu tercetus bagi memudahkan golongan berkenaan terutama jemaah haji atau umrah untuk membuang air kecil ketika di Tanah Suci.

Beliau berkata produk yang menggunakan dana penyelidikan kurang RM100,000 itu mendapat status patuh syariah daripada Mufti Melaka serta sokongan Lembaga Tabung Haji dan kelulusan Sirim.

“Produk ‘Suci-Uris’ ini telah menjalani ujian aliran semula bagi memastikan urin yang dibuang akan terus mengalir ke dalam beg urin yang dibekalkan bersama produk berkenaan.

“Selain untuk kegunaan jemaah haji atau umrah, produk ini juga sesuai untuk pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, pesakit di hospital atau rumah yang sukar bergerak serta membantu pelancong di luar negara yang sukar mendapatkan kemudahan tandas,” katanya kepada wartawan.

Beliau berkata demikian selepas mewakili UTeM pada majlis penyerahan dokumen memorandum persetujuan pengkomersialan produk berkenaan oleh Spektrum Teknik Sdn. Bhd., yang diwakili Pengarah Urusannya, Azizan Ismail.

Mengulas lanjut, Shahrin berkata produk ‘Suci-Uris’ bukan sahaja membantu pengguna membuang air kecil dengan mudah, malah ia dilengkapi dengan sistem semburan untuk mereka beristinjak dan produk itu dipaten dan dikeluarkan Spektrum Teknik bermula Mei lepas.

Sementara itu, Azizan berkata komponen produk berkenaan terdiri daripada bekas, beg urin dan pemegang khasyafah (zakar) yang disimpan di dalam beg mudah alih seberat 600 gram.

Beliau berkata produk berkenaan dihasilkan menggunakan plastik tahan lasak dan tidak mudah pecah yang dijual secara dalam talian di Facebook atau Instagram sepektrumsuci pada harga RM159.

“Kita lihat produk ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan sehingga kini kita telah mengeluarkan kira-kira 1,000 set ‘Suci-Uris’. Buat permulaan, produk ini telah mendapat permintaan daripada pengguna di Indonesia dan kita jangkakan ia akan terjual lebih 15,000 unit dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata produk tersebut mudah dikendalikan kerana ia mesra pengguna dan sangat praktikal untuk semua lapisan umur. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel UteM Hasil Alat Mudah Lelaki Kencing Tanpa Ke Tandas

Sekianlah artikel UteM Hasil Alat Mudah Lelaki Kencing Tanpa Ke Tandas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UteM Hasil Alat Mudah Lelaki Kencing Tanpa Ke Tandas dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/utem-hasil-alat-mudah-lelaki-kencing.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :