link : (VIDEO) 10 Iklan Raya Aidilfitri 2017 Yang Paling Best, Menarik & Last Sekali itu. Menitis Air Mata!
(VIDEO) 10 Iklan Raya Aidilfitri 2017 Yang Paling Best, Menarik & Last Sekali itu. Menitis Air Mata!
Hari Raya Aidilfitri yang dinanti bakal menjelma tidak lama lagi. Seperti kebiasaan, setiap tahun kita akan dihidangkan dengan banyak iklan raya. Iklan raya yang sarat dengan pelbagai mesej menarik dan menyalakan sinar keinsafan dalam diri.
Biasanya iklan raya yang cukup popular dan menarik perhatian ramai adalah daripada Petronas, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Proton, Perodua dan banyak lagi. Namun agensi kerajaan pun sudah mula buat iklan raya seperti MARA.
Tapi mfadhly merasakan pada tahun ini lebih banyak iklan raya dihasilkan oleh pelbagai pihak lagi. Ia samada disiarkan di media sosial mahupun televisyen.
Disini, mfadhly nak kongsikan iklan raya 2017 – 10 kompilasi video menarik yang mesti anda tonton dibawah:
1. MARA – Hati Emas
Berkisarkan pegawai MARA membantu membina rumah keluarga yang susah. Rumah Hati Emas adalah rumah program CSR MARA yang dibina oleh pelajar-pelajar MARA yang belajar di Intitusi Kemahiran MARA. Mungkin anda perlu sediakan tisu bila menonton iklan raya berjudul ‘Hati Emas’ oleh MARA.
2. Dugaan raya Aida
Kisah seorang gadis bernama Aida yang ingin pulang beraya, namun pelbagai dugaan dihadapinya. Video ini hampir 9 juta tontonan boleh dikatakan paling terbaik. Pelbagai emosi dapat dilihat dari video ini. Sedih, gembira teruja semua ada. Terbaik!
3. Wayang Sayang
Wayang Sayang merupakan iklan Raya Maxis 2017. Dilakonan oleh Beto Kusyairi, iklan ini berjaya menarik hampir 1.2 juta penonton. Sedih pulak ending dia. Kisah pasangan suami isteri yang bakal bercerai tapi tak jadi disebabkan oleh..Haa korang kena tengok sendiri okay!
4. Pengorbanan Ayah
Peristiwa yang tak dapat dilupakan Hafiz & Faiz. Lakonan Azlee Senario sebagai seorang ayah yang sanggup berkorban menyelesaikan pertelingkahan. Ending dia kelakar giler!
5. Tebus Rasa
Kisah mengenai warga Sang Saka Biru yang sanggup melupakan hasrat untuk bercuti menyambut perayaan di kampung kerana ada tanggungjawab yang lebih besar iaitu menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat. Video ini hasil cetusan dan idea Ketua Polis Perak, Yang Di Hormati CP Dato’ Pahlawan Hasnan bin Hassan.
6. Joget Abah
Ya Allah besar sungguh pengorbanan ayah… Demi anak dan isteri sanggup pakai baju raya lama. Aduh sedihnya. Tapi anak bila dah besar? Hmm
7. Suasana Hari Raya
Iklan Raya RHB 2017. Apa yang ditunggu2 bila tiba raya?? Tak sabar nak tunggu suasana macam ni kan?? Meriahnya beraya di desa.
8. Terokai Dunia, Pengalaman Lebih Bermakna
Iklan dari Malaysia Airlines ini lain daripada yang lain kerana memaparkan nilai-nilai kemanusiaan dan keamanan sejagat di seluruh dunia. Melalui video ini kita dapat lihat bagaimana negara lain menyambut hari raya. Yang penting sekali, tak kira dimana pun aidilfitri dirai dengan penuh meriah. Thumbs up!
9. Maafkan Kami
Nostalgia gila lagu dari P. Ramlee berjudul ‘Maafkan Kami’ dikembalikan menerusi video raya kali ini. Kyoto Protocol berjaya menyampaikan lagu ini dalam nada santai. Yang penting, lirik tu memang kreatif.
10. Ikhlas
Kehilangan orang yang disayangi adalah amat memilukan. Adakah masih wujud hati yang ikhlas untuk meringankan beban anak-anak ini? Video daripada Pelaburan Mara Berhad ni paling sedih setakat ini. Memang sebak weh!
Demikianlah Artikel (VIDEO) 10 Iklan Raya Aidilfitri 2017 Yang Paling Best, Menarik & Last Sekali itu. Menitis Air Mata!
Anda sekarang membaca artikel (VIDEO) 10 Iklan Raya Aidilfitri 2017 Yang Paling Best, Menarik & Last Sekali itu. Menitis Air Mata! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/video-10-iklan-raya-aidilfitri-2017.html