Video: Dibelasah Sampai Bogel Kerana Hina Islam?

Video: Dibelasah Sampai Bogel Kerana Hina Islam? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Video: Dibelasah Sampai Bogel Kerana Hina Islam?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Video: Dibelasah Sampai Bogel Kerana Hina Islam?
link : Video: Dibelasah Sampai Bogel Kerana Hina Islam?

Baca juga


Video: Dibelasah Sampai Bogel Kerana Hina Islam?

SEJAK semalam, rakaman video seorang lelaki dibelasah bebarapa individu di tepi jalan dalam keadaan tanpa seurat benat menjadi tular di media sosial.

Mangsa yang dikenali sebagai James Hunt mendakwa dirinya dikejar dari Sekolah St. Anna dalam keadaan bogel sehingga dijatuhkan di hadapan Temple Sing.

“Saya dikejar dari sekolah dalam keadaan bogel, dipukul menggunakan kayu golf (besi) dan dipaksa meminta maaf dengan mencium kasut ketua mereka.

“Mereka telah memukul saya tanpa belas kasihan hanya kerana saya menegur dan menviralkan permasalahan yang berlaku di Labuan,” tulisnya di laman Facebook.

Berdasarkan komen-komen netizen, James didakwa pernah memuat naik kenyataan yang kurang menyenangkan mengenai agama Islam dan turut mendakwa Perdana Menteri sebagai penyamun, perompak dan penipu.

Bagaimanapun, James menafikan dakwaan itu dan meminta netizen menunjukkan bukti dia berbuat demikian dan jika ada, dia bersedia untuk disaman di Mahkamah Sivil.

“Tunjuk bukti kalau saya mainkan agama dan saman saya di Mahkamah Sivil. Melainkan kritikan saya telah disalahertikan dan dijadikan isu,” katanya.

Video berdurasi 2 minit 33 saat yang dimuat naik sejak awal pagi Rabu, telah ditonton 923,676 kali dan dikongsi sebanyak 7,430 kali pengguna Facebook.

Semakan di akaun Facebooknya juga mendapati, James banyak mengaitkan setiap status yang dimuat naik dengan agama Islam.

Segelintir netizen berpendapat, berkemungkinan besar mangsa dipukul kerana status-status Facebooknya yang agak lancang sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Video: Dibelasah Sampai Bogel Kerana Hina Islam?

Sekianlah artikel Video: Dibelasah Sampai Bogel Kerana Hina Islam? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Video: Dibelasah Sampai Bogel Kerana Hina Islam? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/video-dibelasah-sampai-bogel-kerana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :