link : (VIDEO) Kejam! Jururawat Mengaku Bersalah Membunuh 8 Pesakit Warga Emas Di Pusat Jagaan Dengan Menggunakan Insulin.
(VIDEO) Kejam! Jururawat Mengaku Bersalah Membunuh 8 Pesakit Warga Emas Di Pusat Jagaan Dengan Menggunakan Insulin.
ONTARIO – Seorang jururawat di Kanada, mengaku bersalah membunuh lapan pesakit warga emas menggunakan insulin dalam tempoh tujuh tahun di sebuah pusat jagaan.
Pusat Jagaan Warga Emas |
Elizabeth Wettlaufer didakwa membunuh lima wanita dan tiga lelaki di Woodstock dan London, Ontario antara 2007 hingga 2014.
Semua mangsa dilaporkan berusia antara 75 sehingga 96 tahun. Pendakwa raya tidak memberikan butiran lanjut ketika mengesahkan pengakuan tertuduh itu menerusi e-mel.
Kementerian Peguam Negara Ontario berkata, ia masih belum boleh memberikan perincian berkaitan kes itu.
Warga emas yang dibunuh oleh Elizabeth Wettlaufer |
Media tempatan di wilayah di Woodstock, Ontario melaporkan Wettlaufer mengaku di dalam mahkamah bahawa dia menyuntik mangsa dengan insulin tanpa alasan perubatan sehingga maut.
Bagaimanapun, motif tindakan Wettlaufer itu tidak diketahui, walaupun dia mengaku bersalah atas lapan tuduhan bunuh, empat tuduhan cubaan membunuh dan dua tuduhan melakukan serangan.
Berikutan pengakuan itu, Wettlaufer bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup dan keputusan mengenai hukuman itu akan diumumkan tidak lama lagi. – Reuters/BH ONLINE
VIDEO:
VIDEO:
Demikianlah Artikel (VIDEO) Kejam! Jururawat Mengaku Bersalah Membunuh 8 Pesakit Warga Emas Di Pusat Jagaan Dengan Menggunakan Insulin.
Sekianlah artikel (VIDEO) Kejam! Jururawat Mengaku Bersalah Membunuh 8 Pesakit Warga Emas Di Pusat Jagaan Dengan Menggunakan Insulin. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel (VIDEO) Kejam! Jururawat Mengaku Bersalah Membunuh 8 Pesakit Warga Emas Di Pusat Jagaan Dengan Menggunakan Insulin. dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/video-kejam-jururawat-mengaku-bersalah.html