link : Video: Lelaki Dibelasah Sebelum Diikat & Diseret
Video: Lelaki Dibelasah Sebelum Diikat & Diseret
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki cedera parah di bahagian kepala selepas dibelasah oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah hotel, di Taman Malari, Cheras, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu, suspek berusia 40-an itu dipukul dengan playar dan batang besi sebelum diikat pada kereta dan cuba mengheretnya ke balai polis.
Insiden berkenaan dikatakan berpunca akibat suspek mencuri telefon bimbit seorang lelaki dan bertindak untuk melarikan diri, namun gagal setelah ditangkap orang ramai.
Menurut seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Eve, orang ramai yang menyaksikan kejadian terpaksa menghubungi polis bagi menghalang tindakan kumpulan lelaki itu yang dilihat begitu keterlaluan terhadap suspek.
“Saya terdengar bunyi orang bergaduh di depan apartmen yang saya jangka ia sudah berlaku 30 minit awal sebelum saya mula merakam video ini.
“Beberapa orang di sekeliling saya kemudian menghubungi pihak polis yang datang ke lokasi kejadian 30 minit kemudian,” katanya memetik Stomp.
Tambah Eve, apabila orang ramai menjerit kearah kumpulan lelaki itu yang cuba mengheret mangsa dengan menggunakan kereta, kumpulan lelaki itu mengatakan yang suspek patut ‘mati’ atas kesalahan yang dilakukan.
Malah, mereka turut memnta agar orang ramai yang berada di situ agar tidak campur tangan.
“Mujur ada seorang lelaki yang berani menghalang dan menenangkan mereka sebelum polis tiba di lokasi kejadian,” tambahnya.
Sebaik saja polis tiba, saksi ternampak salah seorang lelaki menyembunyikan tali yang digunakan itu dan terus beredar meninggalkan tempat itu. -MYNEWSHUB.CC
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Video: Lelaki Dibelasah Sebelum Diikat & Diseret
Anda sekarang membaca artikel Video: Lelaki Dibelasah Sebelum Diikat & Diseret dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/video-lelaki-dibelasah-sebelum-diikat.html