link : VIRAL Kematian TIBA2 Wanita Indonesia Ketika Lahirkan Anak. Doktor Dedah Puncanya !!!
VIRAL Kematian TIBA2 Wanita Indonesia Ketika Lahirkan Anak. Doktor Dedah Puncanya !!!
Kadang kita lupa siapa sebenarnya yang sanggup mati demi kita. Bila kita tengok kepayahan isteri kita melahirkan anak-anak kita, kita jadi hiba dan sayu. Perasaan cinta pun jadi makin dalam bila kita tengok betapa isteri kita berhempas pulas antara hidup dan mati hanya untuk melahirkan zuriat kita padahal kita lupa, ibu kita sendiri lah orang yang pertama yang berhadapan dengan risiko kematian untuk melahirkan kita.
Sekadar Gambar Hiasan.
Antara risiko dan komplikasi yang ibu kita hadapi masa nak melahirkan kita adalah :
+ Pendarahan (haemorrhage) atau biasa orang kita panggil tumpah darah. Perdarahan selepas bersalin yang lebih daripada 500 ml dah dikira pendarahan yang tak normal dan berisiko menyebabkan kematian. Kalau korang nak tahu orang tumpah darah ni darah keluar mengalir macam air paip!
Benda ni boleh terjadi tiba-tiba je sebab tu saya rayu sangat jangan la percaya sangat dengan teori bahawa bersalin kat rumah lebih selamat. Kalau tiba-tiba isteri kita tumpah darah kita nak buat apa kalau beranak kat rumah?
+ Masalah dengan uri ( plasenta ). Macam-macam komplikasi boleh terjadi. Boleh jadi uri tu tertanam dalam sangat sampaikan masa nak keluar nanti uri tu tak boleh keluar sendiri. Kena ada campurtangan kepakaran manusia untuk keluarkannya. Boleh jadi uri tu nanti terkoyak dan tertinggal kat dalam rahim dan macam-macam lagi.
+ Darah beku ( blood clot ) pun boleh menyebabkan kematian tiba-tiba. Darah beku yang terjadi kat kaki pun boleh masuk ke dalam paru-paru secara mengejut (pulmonary embolism) macam kes tergempar yang pernah terjadi pada Julia Fransiska Maketey di Manado, Indonesia. Arwah mati tiba-tiba tanpa sebab. Bila buat bedah siasat baru la tahu penyebab kematiannya adalah ada darah beku masuk ke paru-parunya ketika proses bersalin.
Ini lah pengorbanan seorang ibu. Dalam kita mencintai dan menghargai pengorbanan seorang isteri yang sanggup menggadaikan nyawanya jangan kita lupa insan yang sanggup menggadaikan nyawanya demi diri kita. – DR TAUFIQ RAZIF
Demikianlah Artikel VIRAL Kematian TIBA2 Wanita Indonesia Ketika Lahirkan Anak. Doktor Dedah Puncanya !!!
Anda sekarang membaca artikel VIRAL Kematian TIBA2 Wanita Indonesia Ketika Lahirkan Anak. Doktor Dedah Puncanya !!! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/viral-kematian-tiba2-wanita-indonesia.html