link : Viral Video Pemandu Uber Dipukul 10 Lelaki di Penang
Viral Video Pemandu Uber Dipukul 10 Lelaki di Penang
Pulau Pinang, 7 Jun - Satu video yang memaparkan seorang pemandu Uber dibelasah oleh lebih 10 lelaki tersebar di internet.
Difahamkan, pemandu berkenaan didakwa cuba mencabul seorang penumpang warga Vietnam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang semalam, pemandu terbabit didakwa bertindak membuka seluar dan menarik tangan mangsa supaya memegang kemaluannya ketika membawa mangsa dari Lintang Paya Terubong ke Agryll Road di sini.
Utusan Online melaporkan, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata susulan kejadian suspektelah dipukul oleh 10 lelaki termasuk suami mangsa berdekatan sebuah restoran di Lintang Paya Terubong menyebabkan pemandu itu cedera di bahagian kepala, tangan dan kaki kiri.
"Kenderaan suspek turut dirosakkan dalam kejadian itu dan dia dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Anuar, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
The Star pula melaporkan, mangsa mendakwa dia berada di dalam kereta itu pada jam 4 petang Selasa apabila pemandu itu tiba-tiba melakukan aksi tidak senonoh itu.
Apabila tiba di rumah, penumpang terbabit memberitahu suaminya mengenai insiden terbabit. Pada Rabu, suami penumpang itu berjaya mengesan pemandu tersebut di Lintang Paya Terubong.
Sumber: Utusan Online
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Viral Video Pemandu Uber Dipukul 10 Lelaki di Penang
Anda sekarang membaca artikel Viral Video Pemandu Uber Dipukul 10 Lelaki di Penang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/viral-video-pemandu-uber-dipukul-10.html