link : WoW Bantu Wanita Jana Pendapatan
WoW Bantu Wanita Jana Pendapatan
KUALA LUMPUR – Seramai kira-kira 50 ibu tunggal dan wanita kurang bernasib baik hari ini bergotong-royong menghasilkan biskut dan kuih raya serta membungkusnya untuk dipasarkan bagi menambah pendapatan menjelang Aidilfitri, menerusi program yang dilaksanakan Women of Will (WoW), sebuah badan bukan kerajaan (NGO).
Presiden WoW Goh Suet Lan berkata melalui program itu, peserta diberi latihan keusahawanan, bimbingan perniagaan dan kelas kemahiran berdasarkan minat seperti memasak, menjahit, kraftangan dan bercucuk tanam.
“Objektif program itu adalah membantu peserta yang berpendapatan rendah kebanyakannya terdiri daripada ibu tunggal untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Mereka dibimbing tenaga pengajar yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran,” katanya kepada Bernama.
Goh berkata kebanyakan mereka adalah daripada kumpulan B40 yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) seperti PPR Lembah Subang, Kota Damansara dan Seri Pantai dengan jumlah pendapatan isi rumah di bawah RM2,500.
Menurutnya, WoW juga memberi bantuan pinjaman RM2,000 tanpa faedah kepada mereka untuk memulakan perniagaan.
WoW turut membantu peserta mendapatkan peluang perniagaan dan memasarkan produk yang dihasilkan.
Goh berkata pertubuhan bukan bermatlamat keuntungan itu setakat ini telah membantu kira-kira 1,000 wanita di kawasan Lembah Klang, 25 di Ipoh dan 100 di Kota Kinabalu.
Bagi ibu tunggal Zubaidah Abdul Rashid, 45, dari PPR Seri Pantai, selain diberi bantuan pinjaman dana dan latihan kemahiran, beliau turut diberi bimbingan bagaimana menguruskan kewangan.
“Kita juga diberi peluang menambah nilai produk yang dihasilkan. Seperti hari ini, kita dapat pelajari teknik membungkus hamper dan menghiasnya untuk dipasarkan ke syarikat korporat,” katanya. – BERNAMA
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel WoW Bantu Wanita Jana Pendapatan
Anda sekarang membaca artikel WoW Bantu Wanita Jana Pendapatan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/wow-bantu-wanita-jana-pendapatan.html