SEDAR tak sedar, sudah hampir empat tahun pelakon Fizz Fairuz dan Almy Nadia mendirikan rumah tangga.
Berbanding dengan selebriti lain, pasangan ini jarang ‘show off’ kemesraan hubungan suami isteri mereka depan peminat.
Namun, ramai yang tidak tahu sebenarnya Fizz Fairuz mempunyai sisi romantisnya tersendiri.
Perkara itu didedahkan oleh Almy Nadia di laman Instagramnya yang meluahkan rasa terima kasih terhadap suaminya kerana telah menghadiahkannya sebuah kereta mewah jenama Toyota Vellfire.
Menurut Almy, Fizz menghadiahkannya kereta itu sempena ulang tahun kelahirannya yang telah pun berlalu.
“Encik suami buat kejutan hari ini, katanya kereta sewa tapi tengok nombor plat…, katanya hadiah hari jadi kerana sepatutnya keluar pada hari jadi saya. Usaha keras encik suami beberapa tahun. Terima kasih sayang,” tulis Almy.
Wah, bertuah Almy nampaknya dikurniakan suami yang pandai menghargai isteri.
Apa pun, beraya sakan la gamaknya Almy sekeluarga tahun ini. – MYNEWSHUB.CC
Sekianlah artikel WOW… Fizz Fairuz Hadiahkan Almy Nadia Vellfire kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel WOW… Fizz Fairuz Hadiahkan Almy Nadia Vellfire dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/wow-fizz-fairuz-hadiahkan-almy-nadia.html