10 Negara ASEAN Sertai Bengkel Bebas Asap Rokok

10 Negara ASEAN Sertai Bengkel Bebas Asap Rokok - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 10 Negara ASEAN Sertai Bengkel Bebas Asap Rokok, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 10 Negara ASEAN Sertai Bengkel Bebas Asap Rokok
link : 10 Negara ASEAN Sertai Bengkel Bebas Asap Rokok

Baca juga


10 Negara ASEAN Sertai Bengkel Bebas Asap Rokok

GEORGE TOWN – Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) akan menganjurkan Bengkel Serantau Bandar Raya Bebas Asap Rokok Kelima dan Sidang Kemuncak Pemimpin Bebas Asap Rokok  yang disertai 10 negara ASEAN dari 19 hingga 21 Julai  ini di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif MySihat Dr K.Manimaran berkata bengkel bertujuan berkongsi amalan terbaik negara ASEAN dalam pelaksanaan inisiatif bebas asap rokok dan mengenal pasti strategi  bagi mewujudkan, membina serta memperkukuhkan kolaborasi dalam pelaksanaan inisiatif bebas asap rokok.

“Tema bengkel pada kali ini ialah ‘Mempengaruhi dan Memimpin Bandar Raya ke Arah Rantau ASEAN Bebas Asap Rokok’ dan ia akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

“Bengkel itu turut dihadiri wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia Dr Katia De Pinco Campus dan beberapa wakil dari negara China, Guam, Pakistan serta Mongolia.

“Wakil-wakil itu akan berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dengan 10 negara ASEAN  dalam pelaksanaan inisiatif bebas asap rokok bagi mengukuhkan pelaksanaan yang sama di rantau ASEAN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata di Malaysia, terdapat tujuh negeri yang melaksanakan inisiatif bebas asap rokok iaitu Melaka, Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Manimaran berkata sejak inisiatif Pulau Pinang Bebas Asap Rokok (Penbar) dilancarkan pada 2010, negeri itu mewartakan enam taman awam melalui fasa pertama dan Tapak Warisan Dunia George Town pada fasa kedua.

“Pada Januari 2017, melalui pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, semua taman awam termasuk Taman Negara Teluk Bahang telah diwartakan sebagai Kawasan Bebas Asap Rokok,” katanya.

Beliau berkata penganjuran bengkel itu juga merupakan antara strategi Malaysia untuk memperkukuhkan lagi pelaksanaan inisiatif bebas asap rokok negara dalam merealisasikan Malaysia sebagai Negara Bebas Asap Rokok pada 2045. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 10 Negara ASEAN Sertai Bengkel Bebas Asap Rokok

Sekianlah artikel 10 Negara ASEAN Sertai Bengkel Bebas Asap Rokok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 10 Negara ASEAN Sertai Bengkel Bebas Asap Rokok dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/10-negara-asean-sertai-bengkel-bebas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :