1,000 Peminat Serbu Kareena Di Kedai Jus Buah Bangsar

1,000 Peminat Serbu Kareena Di Kedai Jus Buah Bangsar - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 1,000 Peminat Serbu Kareena Di Kedai Jus Buah Bangsar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 1,000 Peminat Serbu Kareena Di Kedai Jus Buah Bangsar
link : 1,000 Peminat Serbu Kareena Di Kedai Jus Buah Bangsar

Baca juga


1,000 Peminat Serbu Kareena Di Kedai Jus Buah Bangsar

KUALA LUMPUR – Lebih 1,000 peminat bintang Bollywood popular, Kareena Kapoor membanjiri Jalan Telawi 5, Bangsar di sini bagi menyaksikan kemunculan aktres jelita itu pada Jumaat.

Uniknya, kehadiran kali ketiga pelakon filem terkenal Kabhi Khushi Kabhi Gham ini ke Malaysia adalah sebagai tetamu jemputan istimewa sempena pembukaan sebuah kedai jus buah-buahan dikenali sebagai Juiceco.

Lebih dahsyat dalam majlis tersebut, peminat malah dilaporkan sanggup berdiri lebih tiga jam iaitu seawal pukul 4 petang semata-mata untuk melihat sendiri penampilan isteri kepada aktor Saif Ali Khan ini secara dekat.

Media melaporkan tepat pukul 7.30 malam, dia tampil anggun seksi menggayakan gaun hitam dan emas. Kareena, 36, merupakan anak pasangan pelakon Randhir Kapoor dan Babita serta adik kepada aktres Karisma Kapoor.

“Saya sayang Malaysia. Saya bahkan tidak pernah jemu untuk berkunjung ke sini kerana saya berasa seperti berada di rumah sendiri. Saya juga menganggap Malaysia adalah seperti juga rumah kedua saya.

“Saya berharap agar para peminat akan terus memberikan sokongan kepada saya pada masa akan datang,” kata Kareena ketika sesi ramah mesra bersama peminat-peminatnya.

Dalam pada itu, keadaan acara bertukar tegang apabila ratusan peminat berasak-asak hanya kerana mahu bergambar dan bersalaman dengan ibu kepada Taimur Ali ini.

Lebih mengejutkan, ada peminat yang sanggup menyogok pegawai keselamatan semata-mata untuk memasuki premis berkenaan.

Kareena popular menerusi beberapa buah filem antaranya 3 Idiots, Bajrangi Bhaijaan, Asoka dan banyak lagi.

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 1,000 Peminat Serbu Kareena Di Kedai Jus Buah Bangsar

Sekianlah artikel 1,000 Peminat Serbu Kareena Di Kedai Jus Buah Bangsar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 1,000 Peminat Serbu Kareena Di Kedai Jus Buah Bangsar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/1000-peminat-serbu-kareena-di-kedai-jus.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :