14,000 Polis Ditugaskan Sepanjang Sukan SEA

14,000 Polis Ditugaskan Sepanjang Sukan SEA - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 14,000 Polis Ditugaskan Sepanjang Sukan SEA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 14,000 Polis Ditugaskan Sepanjang Sukan SEA
link : 14,000 Polis Ditugaskan Sepanjang Sukan SEA

Baca juga


14,000 Polis Ditugaskan Sepanjang Sukan SEA

SETIU – Seramai  14,000 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan sepanjang penganjuran Sukan SEA ke-29 atau Kuala Lumpur 2017 yang bakal berlangsung Ogos depan.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman (Gerakan) Datuk Azizan Abd Aziz berkata kesemua mereka ditugaskan menjaga keselamatan dan memastikan suasana terkawal sepanjang acara sukan itu berlangsung.

Katanya pasukan keselamatan ini akan ditempatkan di lokasi tumpuan di Kuala Lumpur seperti Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan juga Nilai, Negeri Sembilan.

“Pada masa yang sama kami turut menggembleng kekuatan anggota dan pegawai polis ini di venue lain yang terlibat seperti di Terengganu dan di Pulau Langkawi, Kedah.

“Selain kekuatan tenaga segala  aset yang ada juga telah bersiap sedia untuk digunakan pada sukan itu nanti bermula 19 hingga 30 Ogos ini,” katanya.

Azizan berkata demikian kepada pemberita selepas Latihamal Ex-Rimau PDRM 2017 di Terengganu  International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, di sini, hari ini.

Dalam siri latihan itu seramai 371 anggota dan pegawai PDRM terlibat berkampung di situ bermula 2 Julai lalu hingga hari ini.

Ia dilaksanakan di kawasan itu berikutan TIEP terpilih sebagai venue bagi acara lumba kuda pada temasya dwitahunan itu nanti.

Azizan berkata latihan itu dilaksanakan sebagai persiapan mennghadapi sebarang krisis dan ancaman yang mungkin berlaku sepanjang kejohanan sukan itu berlangsung.

“Jadi bengkel dan kelas diadakan berdasarkan senario yang dijangka berlaku pada kejohanan sukan itu nanti  dan menjadi ujian melihat keberkesanan perancangan dan tindakan pihak polis bagi menghadapi ancaman keselamatan,” katanya.

Azizan berkata setakat ini sebanyak tiga latihan serupa telah dilaksanakan di Bukit Jalil, Langkawi dan Setiu.

– BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 14,000 Polis Ditugaskan Sepanjang Sukan SEA

Sekianlah artikel 14,000 Polis Ditugaskan Sepanjang Sukan SEA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 14,000 Polis Ditugaskan Sepanjang Sukan SEA dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/14000-polis-ditugaskan-sepanjang-sukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :