link : 15 Perkara Paling Seronok Jika Berkahwin Seawal 20an
15 Perkara Paling Seronok Jika Berkahwin Seawal 20an
Kepada pasangan yang memilih untuk berkahwin muda seawal 20-an, mungkin ini adalah antara perkara yang mereka rasakan. Antara 15 perkara yang dialami oleh pasangan yang berkahwin muda ialah:
Mereka sudahpun menemui pasangan yang tetap menyayangi mereka disaat dalam proses pembelajaran tentang hidup seterusnya untuk menjadi matang dalam kehidupan.
Ada impak positif kick yang agak berlainan daripada dating iaitu bukan sahaja untuk menyemaikan perasaan cinta semata-mata tetapi dalam keadaan bercinta dapat juga menjalankan tanggungjawab yang harus dipikul. Perkara semuanya menjadi mudah disaat umur masih muda kerana saling memahami antara satu sama lain.
Apabila pasangan didalam keadaan sedih atau down, pasti ada penyorak/penyokong dalam membantu menaikkan kembali semangat pasangan.
Dapat belajar bersama-sama tentang perkara yang penting mengenai rumahtangga dalam menguatkan dan mengukuhkan hubungan suami isteri.
Pasti ada yang menunggu kepulangan anda setelah anda pulang bekerja walaupun dalam keadaan penat, penat itu boleh hilang serta merta.
Sentiasa ada rasa bersyukur dalam perhubungan ketika mendengar keluhan kawan-kawan sebaya yang belum berkahwin tentang hubungan mereka kerana anda sudahpun melepasi fasa itu.
Pasti ada yang selalu mengingati anda bahawa anda sedang disayangi.
Mampu menempuhi dan menghadapi cabaran hidup secara perlahan-lahan kerana saling mengajar antara satu sama lain.
Dia seorang kawan baik, buah hati, dan partner in crime, semuanya dalam satu!
Apabila hubungan sudah stabil, semestinya anda boleh fokus dalam memantapkan lagi kerjaya anda dalam pembangunan rumahtangga.
Ada peneman dalam melakukan aktiviti-aktiviti rutin seperti membasuh baju, mengemas rumah, dan membeli keperluan dapur. Semuanya menjadi seronok.
Dating hanya dirumah sahaja seperti menonton movies sama-sama dan tidak perlu mengeluarkan banyak bajet seperti kekasih diluar sana.
Anda boleh menjadi diri sendiri dalam keadaan bebas. Tidak perlu binggung untuk balas mesej (takut pasangan merajuk) kerana anda sudahpun serumah dengan si dia!
Mungkin ada kawan yang akan berkata; Mudanya kahwin. Dah cukup enjoy ke?. Namun sebaliknya anda lebih suka dan selesa begini kerana sudahpun halal bersama.
Semua perkara menjadi tidak kekok kerana minda disaat muda inilah saatnya berfikiran yang sangat terbuka.
Sumber: Baituljannah.com
Sumber: sehinggit
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel 15 Perkara Paling Seronok Jika Berkahwin Seawal 20an
Anda sekarang membaca artikel 15 Perkara Paling Seronok Jika Berkahwin Seawal 20an dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/15-perkara-paling-seronok-jika.html