link : 15,000 buku diedar kepada sekolah menerusi 'Book for Asia'
15,000 buku diedar kepada sekolah menerusi 'Book for Asia'
KUALA LUMPUR: Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA) Universiti Malaya dengan kerjasama Johor Corporation (JCorp) mengedarkan 15,000 naskhah buku Bahasa Inggeris kepada 250 buah sekolah dari seluruh Semenanjung menerusi program ‘Books for Asia’ (BFA) anjuran The Asia Foundation (TAF).Kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching, usaha tersebut selaras dengan hasrat kerajaan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar juga rakyat Malaysia secara amnya.
“Paling penting bukan sahaja mengenai pengedaran buku-buku ini, tetapi perlu dilihat hasrat di sebalik mengapa ia diedarkan kepada sekolah-sekolah.
“Oleh kerana buku-buku ini semuanya ditulis dalam bahasa Inggeris, secara tidak langsung ia dapat mempertingkat penguasaan bahasa tersebut dalam kalangan pelajar yang membacanya,” katanya semasa ditemui pada Majlis Penyerahan Buku ‘Books for Asia’ di Universiti Malaya di sini hari ini.
Berkata lebih lanjut, beliau mahu melihat buku-buku yang diedarkan dimanfaatkan sebaiknya sebagai rujukan para guru juga murid untuk mendapatkan maklumat tambahan di samping buku teks sedia ada.Mengiringi Datuk Mary dalam majlis tersebut adalah Pengarah Eksekutif INPUMA, Dr Khadijah Md Khalid dan Perwakilan Negara di TAF, Herizal Hazri.
Menurut Herizal, tahun keempat pelaksanaan program tersebut di bawah kolaborasi INPUMA-JCORP-TAF menyaksikan sambutan menggalakkan daripada sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi yang katanya semakin ramai memahami objektif program tersebut.
“Program ini sebenarnya mula diperkenalkan di Asia pada 1954 dan bergerak di Malaysia sejak 1957.
“Tetapi melihat kepada kepentingannya kepada pembangunan rakyat Malaysia, kita ingin melihat program ini diurus dan dilaksanakan oleh pihak kita sendiri. Sebab itu wujudnya kolaborasi ini.” jelasnya.
Katanya, sepertimana dinyatakan Dr Khadijah, kolaborasi itu juga membawa kepada pemantauan dan penilaian terhadap sekolah-sekolah yang terlibat oleh pihak INPUMA untuk memastikan pelaksanaannya mengikut landasan sehingga mencapai objektifnya.
“Daripada tahun pertama hingga keempat, INPUMA sudah mula menjalankan evaluasi dan data sudahpun diambil.
“InsyaAllah tahun kelima atau ketujuh kita dapat plot data-data tersebut,” maklumnya.
‘Book for Asia’ merupakan salah satu program utama TAF yang berpangkalan di San Francisco, California, Amerika Syarikat dan kini beroperasi di 18 negara di seluruh Asia.
Setiap tahun, dianggarkan 100,000 buku diedarkan di seluruh Malaysia, iaitu sekitar 50,000 di Semenanjung dan 25,000 masing-masing di Sabah dan Sarawak.
Sepanjang 60 tahun pelaksanaannya, ‘Book for Asia’ telah mengedarkan hampir 3 juta naskhah buku ke seluruh negara.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel 15,000 buku diedar kepada sekolah menerusi 'Book for Asia'
Anda sekarang membaca artikel 15,000 buku diedar kepada sekolah menerusi 'Book for Asia' dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/15000-buku-diedar-kepada-sekolah.html