link : 1M1P galak murid Orang Asli ke sekolah
1M1P galak murid Orang Asli ke sekolah
Imej via Utusan |
Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Rosdi Ismail berkata, pihaknya menjalankan pelbagai program tanggungjawab sosial dan kali ini mereka memilih untuk memberi sumbangan payung kepada murid daripada masyarakat Orang Asli.
“Program seumpama ini dapat memupuk budaya penyayang selain menzahirkan keprihatinan Jabatan Pendidikan Negeri kepada pelajar.
“Walaupun sumbangan ini nilainya sedikit, namun ia mampu memberi galakan kepada mereka ke sekolah dengan menggunakan payung diberikan sama ada semasa cuaca panas atau hujan,” katanya selepas majlis penyerahan payung berkenaan.
Kata beliau, pihaknya turut merancang pelbagai aktiviti mengikut keperluan murid dan pelajar terutama melibatkan golongan yang kurang berkemampuan sebagai motivasi kepada mereka ke sekolah bagi menuntut ilmu.
“Kita sentiasa berusaha dan mencari pelbagai jalan bagi meningkatkan tahap pencapaian pendidikan masyarakat Orang Asli,” katanya.
Sumber: Utusan
Demikianlah Artikel 1M1P galak murid Orang Asli ke sekolah
Sekianlah artikel 1M1P galak murid Orang Asli ke sekolah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 1M1P galak murid Orang Asli ke sekolah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/1m1p-galak-murid-orang-asli-ke-sekolah.html