4 Universiti Mampu Berada 200 Terbaik Dunia

4 Universiti Mampu Berada 200 Terbaik Dunia - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 4 Universiti Mampu Berada 200 Terbaik Dunia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 4 Universiti Mampu Berada 200 Terbaik Dunia
link : 4 Universiti Mampu Berada 200 Terbaik Dunia

Baca juga


4 Universiti Mampu Berada 200 Terbaik Dunia

PUTRAJAYA – Empat universiti penyelidikan Malaysia dijangka mampu menempatkan diri masing-masing dalam kelompok 200 terbaik dunia dalam masa dua ke tiga tahun dari sekarang, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.
Katanya universiti berkenaan adalah Universiti Putra Malaysia yang kini menduduki tangga ke-229, Universiti Kebangsaan Malaysia (230), Universiti Teknologi Malaysia (253) dan Universiti Sains Malaysia (264).

“Universiti Malaya (UM) yang kini berada pada kedudukan ke-114 pula dijangka menempatkan dirinya di kedudukan 100 terbaik dunia dalam masa setahun ke dua tahun akan datang,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka kementeriannya di sini hari ini.
Idris berkata sasaran kementerian seterusnya adalah menempatkan UM dan mungkin universiti penyelidikan yang lain pada tangga 20 terbaik dunia menjelang 2050.

“Melalui beberapa pengiktirafan dunia yang diraih bidang pendidikan tinggi negara pada tahun ini telah menggambarkan sentiasa berlaku peningkatan pada kualiti sistem pendidikan di universiti awam,” katanya.

Idris berkata beliau bertemu dengan kesemua naib canselor universiti penyelidikan hari ini bagi membincangkan cara untuk meningkatkan pengiktirafan dunia terhadap pendidikan negara.

Beliau berkata kekangan kewangan universiti awam juga tidak seharusnya menjadi penghalang untuk universiti berkenaan terus maju.
– BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 4 Universiti Mampu Berada 200 Terbaik Dunia

Sekianlah artikel 4 Universiti Mampu Berada 200 Terbaik Dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 4 Universiti Mampu Berada 200 Terbaik Dunia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/4-universiti-mampu-berada-200-terbaik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :