link : 5 Hadiah Simple Yang Boleh Menggetarkan Denyutan Nadi Si Dia
5 Hadiah Simple Yang Boleh Menggetarkan Denyutan Nadi Si Dia
Ketika Abang Nara muda remaja dahulu, diri ini pernah digelar Dr Love. Ramai kawan-kawan yang datang meminta nasihat percintaan daripada Abang Nara. Banyak jugaklah pasangan yang berjaya Abang Nara satukan. Itu belum kira pengalaman sendiri ketika mengorat wife tercinta. Kira bab-bab percintaan nie emmang Abang Nara hebatlah.
hasil mengorat dapatlah 3 orang anak. Hehehe
Selaku seorang lelaki, kita mesti tahu beberapa cara mudah untuk memenangi hati si dia. Salah satu caranya ialah dengan memberi hadiah. Tak perlu beli hadiah mahal-mahal pun. Ada beberapa hadiah yang kalau kita bagi, si awek pasti akan terasa nadinya berdenyut lebih laju. Dup, dap, dup, dap. Amboi. Antaranya:-
1. Bunga
Perempuan dan bunga memang tak boleh dipisahkan. Diorang memang akan tersenyum sampai ke teligan jika mendapat hadiah sejambang bunga. Tapi jangan bagi selalu sangat. Gunakan pemberian bunga ini pada hari-hari special seperti anniversary, birthday dan juga ketika memujuknya.
2. Bawak pergi bercuti
Percutian bersama si dia akan mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin. Anda akan mengenali sesama sendiri dengan lebih mendalam lagi. Lepas tue sama-sama melalui pelbagai adventure bersama. Masa ini juga boleh digunakan untuk mengenali true nature pasangan kita. Kalau anda dah berkahwin, boleh juga sekali sekala hadiahkan percutian untuk isteri agar dia dapa merehatkan diri daripada segala hiruk pikuk di rumah. Confirm wife anda sayang anda lebih.
3. Wiko Upulse
Tiada hadiah lain yang akan lebih menggetarkan denyutan nadi si dia yang tercinta selain dari Wiko Upulse. Ini adalah smartphone terbaru di bawah jenama Wiko, syarikat yang berasal dari Perancis yang cukup terkenal dengan rekaan value for money dan teknologi yang terkini.
Dengan harga RM799, Wiko Upulse adalah satu hadiah yang cukup berbaloi-baloi untuk si dia. Confirm dia akan melonjak kegembiraan. Silap-silap terus ajak anda kahwin. Antara beberapa keawesomean Wiko Upulse ialah:-
- Skrin HD .5.5 inci
Dengan skrin yang besar dan terang, pastinya tiada masalah untuk si dia melayan video YouTube, menonton movie atau bermain game dengan Wiko Upulse. Silap-silap sampai anda pun tak dilayannya sebab seronok sangat menghabiskan masa bersama smartphone Wiko ini.
- Kamera selfie 8MP
Kehebatan kamera selfie Wiko Upulse adalah amat penting untuk membolehkan anda bervideo call bersama si dia tercinta. Dapatlah melepaskan rindu di dada. Dengan kamera selfie 8MP, anda pasti dapat melihat wajah si dia dengan jelas. Selaiin itu anda berdua juga dapat menangkap lebih banyak gambar selfie berkualiti tinggi bersama-sama untuk dijadikan kenangan pada masa hadapan.
Kehadiran soft LED flash juga membantu untuk anda mengambil selfie sempurna pada waktu malam dengan memastikan tiada kesan ghosting pada wajah anda. Malah segala segala selfie akan dioptimasikan dalam apa jua keadaan kerana kehadiran fungsi automatic HDR in backlit situation. kalau anda jenis yang kreatif, boleh cuba beberapa mode lain seperti live potrait blur dan juga live filters. masing-masing ada kelebihan dan keunikan sendiri. Nak tahu kenalah beli Wiko Upulse nie. Berbaloi-baloi kalau anda selalu upload selfie ke Instagram.
- Kamera belakang 13MP
Sudah pasti kekasih/isteri anda suka mengambil gambar OOTD (outfit of the day) untuk dikongsikan di laman sosial. Tugasan kita sebagai seorang lelaki adalah untuk mengambil gambar yang perfect. Tugasan ini akan menjadi lebih mudah dengan kamera belakang 13MP Wiko Upulse. Tekan sekali je confirm gambar dah cun melecun. Tak adalah sampai satu pose nak kena amik berpuluh-puluh kali. Jimat masa dan tenaga.
Selain itu, kamera Wiko Upulse juga mempunya fungsi auto scene detection untuk mengoptimasikan kualiti setiap gambar anda di dalam apa jua keadaan. Ia juga akan memilih best mode seperti HDR, malam dan live Bokeh untuk memudahkan anda. Tak perlu nak kita nak setting kamera. Hanya acukan dan tangkap sahaja. Wiko Upulse akan pastikan gambar yang diambil adalah awesome. Lagi best, kamera 13MP Wiko Upulse akan menghasilkan resolusi 52MP apabila gambar yang diambil adalah di dalam mode resolusi super-high. Silap-sila bulu hidung pun boleh nampak. Hehehe.
- Ada fungsi sensor fingerprints
Salah satu kelebihan Wiko Upulse ialah kehadiran sensor fingerprints atau dalam bahasa Melayunya, imbasan jari. Ia memudahkan banyak perkara seperti nak unlock phone, nak bukak applikasi, tak perlu masukkan password pada sesetengah website dan banyak lagilah. Paling penting, ia memastikan Wiko Upulse sentiasa selamat dan tidak boleh digunakan oleh orang lain. Rasanya tak jumpa lagi smarpthone lain yang menyediakan fungsi fingerprints ini pada harga Wiko Upulse. Memang berbaloi-baloi dan puas hati.
- Sangat laju dengan 3GB RAM & Android Nougat terbaru
Smarpthone kalau tak laju dan asyik tersekat-sekat, memang boleh buat sakit kepala dan stress. Dengan Wiko Upulse, anda tak perlu risau. Kepantasannya terjamin dengan 3GB RAM dan juga sistem operasi Android Nougat yang sudah tersedia di dalamnya. Confirm awek/bini anda akan jawab mesej anda dengan pantas. Tak adalah nak bukak Whatsapp pun kena tunggu 10 minit. Hehehe.
Abang Nara berani jamin sekiranya anda menghadiahkan si yang tercinta Wiko Upulse ini, hubungan anda berdua akan lebih kukuh, erat dan mesra. Confirm anda akan lebih disayangi, dicintai dan dihargai. Si dia pun pasti akan gembira sangat-sangat. Maklumat lanjut boleh layari my-en.wikomobile.com dan LIKE Facebook Wiko Malaysia.
4. Coklat dan aiskrim
Sekiranya anda perhatikan si dia selalu stress, tertekan dan nampak seperti ada masalah, itu adalah satu petanda untuk anda menghadiahkannya coklat dan aiskrim. Kedua-dua makanan ini adalah feveret wanita. Tiada wanita yang mampu menolaknya. Memakan aiskrim dan coklat telah terbukti mampu menceriakan dan mengembalikan kembali mood seorang wanita. Jadi kalau tiba-tiba si dia merajuk, gunakanlah cara ini untuk memenangi hatinya kembali.
5. Kasih sayang yang tulus suci
Hadiah yang paling istimewa buat seorang wanita ialah apabila kita mencintainya dengan setulus hati, ikhlas dan jujur. Apabila kita menjadi pendengar setia kepada semua masalahnya. Apabila kita sentiasa berada di sisinya, tak kira susah atau senang. Apabila kita menerima segala kekurangannya. Apabila kita mencintainya tanpa bermain kayu tiga. Apabila kita menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Itulah hadiah yang dinanti-nantikan oleh setiap wanita daripada seorang lelaki.
Sumber: Beautifulnara
Demikianlah Artikel 5 Hadiah Simple Yang Boleh Menggetarkan Denyutan Nadi Si Dia
Anda sekarang membaca artikel 5 Hadiah Simple Yang Boleh Menggetarkan Denyutan Nadi Si Dia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/5-hadiah-simple-yang-boleh-menggetarkan.html