link : 5 Lelaki Ditahan Dalam Op Samseng Jalanan
5 Lelaki Ditahan Dalam Op Samseng Jalanan
ALOR SETAR – Polis menahan lima lelaki dalam Op Samseng Jalanan kerana dipercayai menunggang motosikal secara melulu dan amat berbahaya di beberapa kawasan sekitar Sungai Petani awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa berkata lima lelaki berumur antara 17 hingga 28 tahun itu ditahan secara berasingan dalam operasi yang berlangsung dari 1 hingga 7 pagi.
“Mereka ini menunggang secara berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain dan diri sendiri, dengan antaranya membuat zig-zag serta ala superman,” katanya dalam satu kenyataan.
Md Zukir berkata keputusan ujian saringan air kencing terhadap kesemua lelaki itu bagaimanapun negatif dadah.
Dalam pada itu, Md Zukir berkata pihaknya sedang giat melaksanakan operasi itu dalam usaha mengurangkan gejala samseng jalanan di daerah Sungai Petani dengan menyasarkan ia dapat dikurangkan pada kadar paling minimum. – BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel 5 Lelaki Ditahan Dalam Op Samseng Jalanan
Anda sekarang membaca artikel 5 Lelaki Ditahan Dalam Op Samseng Jalanan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/5-lelaki-ditahan-dalam-op-samseng.html