56 Terbunuh, 22 Hilang Akibat Hujan Lebat Di China

56 Terbunuh, 22 Hilang Akibat Hujan Lebat Di China - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 56 Terbunuh, 22 Hilang Akibat Hujan Lebat Di China, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 56 Terbunuh, 22 Hilang Akibat Hujan Lebat Di China
link : 56 Terbunuh, 22 Hilang Akibat Hujan Lebat Di China

Baca juga


56 Terbunuh, 22 Hilang Akibat Hujan Lebat Di China

BEIJING – Sekurang-kurangnya 56 orang dilaporkan terbunuh, manakala 22 yang lain masih hilang berikutan hujan lebat di 11 wilayah di China sejak 29 Jun lalu, kata agensi berita China Xinhua.

Menurut Kementerian Hal Ehwal Awam, sebanyak 27,000 kediaman runtuh dan 37,000 lagi rosak disebabkan berlakunya banjir dan tanah runtuh di wilayah Zhejiang, Anhui, Jiangxi, Hubei, Hunan, Guangdong, Chongqing, Sichuan, Guizhou, Yunnan dan Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang.

Setakat ini, jumlah kerugian dianggarkan mencecah 25.27 bilion yuan (US$3.72 bilion).

Menurut kementerian itu, kerajaan telah mengagihkan bantuan bencana sebanyak 1.88 bilion yuan (US$276.54 juta) di 20 wilayah terjejas.

Bantuan segera terdiri daripada pasukan penyelamat dan peralatan turut dihantar bagi membantu mangsa di Zhejiang, Jiangxi, Hunan dan Guizhou.

Kira-kira 3,000 anggota pasukan penyelamat telah dihantar ke kawasan paling teruk dilanda bencana iaitu wilayah Hunan.

Berdasarkan laporan awal, paras air di stesen pemantauan Changsha di Sungai Xiangjiang, jalinan anak sungai Sungai Yangtze yang paling besar, mencapai rekod tertinggi iaitu 39.51 meter pagi Isnin, lebih tinggi daripada rekod sebelumnya iaitu 39.18 meter yang dicatat ketika banjir besar yang berlaku pada tahun 1998.

– BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 56 Terbunuh, 22 Hilang Akibat Hujan Lebat Di China

Sekianlah artikel 56 Terbunuh, 22 Hilang Akibat Hujan Lebat Di China kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 56 Terbunuh, 22 Hilang Akibat Hujan Lebat Di China dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/56-terbunuh-22-hilang-akibat-hujan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :