6 Tapak Pelupusan Alami Pencemaran Berulang – Wan Junaidi

6 Tapak Pelupusan Alami Pencemaran Berulang – Wan Junaidi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 6 Tapak Pelupusan Alami Pencemaran Berulang – Wan Junaidi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 6 Tapak Pelupusan Alami Pencemaran Berulang – Wan Junaidi
link : 6 Tapak Pelupusan Alami Pencemaran Berulang – Wan Junaidi

Baca juga


6 Tapak Pelupusan Alami Pencemaran Berulang – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR – Sebanyak enam tapak pelupusan sisa pepejal (TPS) didapati mengalami isu pencemaran larut resapan berulang dan serius.

Enam TPS itu ialah bekas TPS Taman Beringin (Kuala Lumpur), TPS Sungai Udang (Melaka), TPS Pulau Burung (Pulau Pinang), TPS Ladang Tanah Merah (Negeri Sembilan), TPS Ladang CEP Simpang Renggam (Johor) serta bekas TPS Pajam (Negeri Sembilan).

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS)  mendapati punca pencemaran adalah disebabkan rekabentuk TPS dan sistem pengolahan larut resapan sedia ada yang kurang efisien berbanding kapasiti penerimaan sisa pepejal yang meningkat.

“Runtuhan benteng kolam takungan larut resapan sehingga menyebabkan larut resapan mengalir masuk ke dalam sungai berhampiran selain kerosakan peralatan atau komponen di tapak pelupusan yang merupakan sebahagian sistem kawalan pencemaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kekurangan operator yang kompeten dari segi kawalan pencemaran alam sekitar di TPS turut menjadi faktor pencemaran.

Wan Junaidi berkata JAS telah mengambil 74 tindakan penguatkuasaan terhadap pihak bertanggungjawab yang menguruskan enam TPS itu termasuk mengeluarkan notis arahan, kompaun dan tindakan mahkamah.

Kes-kes ketidakpatuhan tersebut disiasat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang melibatkan denda tidak lebih daripada RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan mengikut Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015.

Manakala penalti bagi pelanggaran ke atas Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pencemaran Daripada Stesen Pemindahan Sisa Pepejal dan Kambus Tanah) 2009 adalah maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan denda selanjutnya maksimum RM1,000 sehari bagi setiap kesalahan itu diteruskan, jika disabitkan kesalahan.

Katanya kerajaan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati melakukan pencemaran alam sekitar.

Orang ramai boleh membantu menjadi mata dan telinga JAS dalam usaha melindungi sumber air negara dengan menghubungi hotline 1-800-88-2727 atau e-aduan melalui http://ift.tt/2u2OcVh, katanya. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 6 Tapak Pelupusan Alami Pencemaran Berulang – Wan Junaidi

Sekianlah artikel 6 Tapak Pelupusan Alami Pencemaran Berulang – Wan Junaidi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 6 Tapak Pelupusan Alami Pencemaran Berulang – Wan Junaidi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/6-tapak-pelupusan-alami-pencemaran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :