link : 66 kali sembur Sterimar ke hidung anak, netizen desak bapa padamkan video itu
66 kali sembur Sterimar ke hidung anak, netizen desak bapa padamkan video itu
Viral video seorang kanak-kanak yang hidungnya ditembak dengan air, kononnya bertujuan mengeluarkan lendir atau hingus di saluran hidungnya. Video yang dimuat naik oleh Rabbie Razak itu pada 16 Julai lalu mendakwa, cara-cara itu dapat mengatasi masalah selesema bayi atau kanak-kanak.
Berdasarkan dua video yang dimuat naik, sebanyak 66 tembakan sterimar yang dikenakan ke hidung kanak-kanak berkenaan yang tidak berhenti-henti menangis dan muntah.
Bagaimanapun, cara yang ditunjukkan dalam video adalah tidak tepat dan lebih pada menyeksa kanak-kanak berkenaan. Ramai netizen yang mengecam tindakan ibu bapa kanak-kanak berkenaan dan meminta mereka memadamkan video tersebut kerana cara yang dikongsikan itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak kecil yang lain.
Mengulas mengenai video viral itu, Doktor Fyda Noh melalui Facebooknya menasihatkan orang ramai agar tidak mencuba kaedah yang salah itu pada anak masing-masing.
“Terkejut tengok video yang dha viral. Bukan sebab anak itu menangis jadi kasihan tetapi ingin saya nyatakan dengan terang dan jelas cara itu sangat-sangat salah.
“Kalau anak yang batuk dan selesema (berkahak), kahaknya bukan di dalam hidung. Tetapi mukus itu dalam paru-paru. Dengan cara yang ditunjukkan dalam video viral itu takkan melegakan kahaknya, sebaliknya ia semakin menyakitkan.
“Sterimar yang ditembak itu juga tidak pergi direct ke paru-paru. Hanya berada di dalam hidung saja untuk melegakan hidung yang tersumbat.
“Nasal spray itu, airnya lebih pekat daripada cecair sel manusia. Bila disembur, ia akan menarik air dari sel dan melembutkan hingus yang kental. Jadi senang nak buang. Hingus itu boleh mengalir keluar. Bukan bertujuan nak menolak hingus dari hidung ke hidung,” katanya yang turut berkongsikan cara penggunaan sterimar yang betul,” katanya.
Puan Maisarah Mustapa, ibu kepada seorang anak juga bersetuju cara yang ditunjukkan dalam video viral itu tidak betul dan meminta orang ramai tidak mencubanya pada anak masing-masing.
Demikianlah Artikel 66 kali sembur Sterimar ke hidung anak, netizen desak bapa padamkan video itu
Anda sekarang membaca artikel 66 kali sembur Sterimar ke hidung anak, netizen desak bapa padamkan video itu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/66-kali-sembur-sterimar-ke-hidung-anak_57.html