7 Mutiara Kata Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

7 Mutiara Kata Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 7 Mutiara Kata Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 7 Mutiara Kata Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
link : 7 Mutiara Kata Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Baca juga


7 Mutiara Kata Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tuan%2BGuru%2BNik%2BAbdul%2BAziz%2BNik%2

7 Mutiara Kata Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

1 . ” Jika kereta rosak , mekanik akan membaikinya . Jika tubuh badan bermasalah , doktor yang akan mengubatinya . Jika kehidupan manusia bermasalah , maka Pencipta manusia itulah yang perlu dirujuk . Pelik sungguh manusia yang mengaku Allah SWT sebagai tuhan tetapi enggan merujuk kepada syarat Allah bila berdepan dengan masalah “

2 . ” Perbezaan yang paling besar di antara manusia dengan makhluk yang lain ialah ilmu . Manusia diberikan kebolehan untuk diajar dan mengajar . Binatang ternakan contohnya , boleh diajar untuk mematuhi perintah tuannya , tetapi tidak boleh mengembangkan ilmu tersebut kepada binatang yang lain . Berbeza dengan manusia , sedikit ilmu yang diperolehinya mampu dikembangkan dengan lebih meluas “

3 . ” Kita tanam lada , 40 hari dapat hasil boleh jual . Tanam terung , dua tiga bulan dapat hasil . Tapi keuntungan tidak besar kerana itu hanya projek kecil-kecilan . Jika projek yang besar seperti tanam getah , bukan 40 hari tapi memakan masa bertahun . Semakin besar projek tersebut , semakin besar untungnya . Demikianlah juga pahala yang merupakan projek paling besar . Untungnya sangat besar jadi padanlah dengan menunggunya begitu lama iaitu selepas mati baru mendapat hasil “

4 . ” Jika memandu kita perlukan lesen , menggunakan senjata api perlukan lesen , maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen . Lesen itu ialah Islam . Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen “

5 . ” Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa di sisi kita ada malaikat yang memerhati , ada Allah SWT sedang memantau . Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita terus lakukan dosa , tanpa ada yakin seperti itu manusia akan hilang brek . Kalau kereta hilang brek , ia akan terjun ke gaung . Tapi kalau manusia hilang brek , dia akan terjun ke neraka “

6 . ” Pemuda adalah batu-bata dalam perjuangan Islam . Kerana itu pemuda mesti lengkapkan diri dengan ilmu dan perbanyakkan amalan sunat . Saya impikan untuk menjadi makmum dimana pemuda imamnya . Pendengar kuliah yang disampaikan oleh pemuda , saya hanya mahu datang dan dengar “

7 . ” Allah menciptakan di dunia ini orang-orang kurang upaya untuk menjadi ujian kepada orang yang sempurna . Di akhirat kelak akan ditanya , setakat manakah kita orang-orang yang cukup upaya ini menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang upaya . Sebab itu , saudara-saudara kita yang kurang upaya sedikit untung kerana terlepas daripada soalan ini di akhirat nanti . Manakala yang sempurna tubuh badan pula perlulah pastikan duit yang dia ada pada hari ini sedikit sebanyak dia peruntukkan untuk beli pahala lain selain beli lauk-pauk , beras dan keperluan hidup “

Semoga rohnya Allahyarham Tok guru sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman .

Al-Fatihah,

( Nik Aziz Nik Mat | 1931 – 2015 )

Sumber: sehinggit

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 7 Mutiara Kata Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sekianlah artikel 7 Mutiara Kata Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 7 Mutiara Kata Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/7-mutiara-kata-allahyarham-tuan-guru.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :