link : Adam
Adam
Assalamualaikum, selamat sejahtera. Aku Jai, 25 tahun, aku budak engineering so bahasa aku memang berterabur. Maaf ya. Aku baru baca confession pasal org kelantan teruk sgt ke. Actually dah lama aku nak confess pasal benda ni. Tujuan aku tulis ni nak ubah mindset orang kita dan nak share kebaikan kawan baik aku.
Dulu aku pun macam orang lain. Aku la tu antara yang judge orang kelantan pengotor, berpuak bila berkawan, yang laki pemalas, macam-macam lah kan.
Bila masuk sebuah universiti di utara Malaysia, aku ditakdirkan jumpa kawan orang Kelantan. Sama kelas, dan sama rumah! Aku namakan dia Adam.
Aku nak cerita pasal si Adam ni. Allahu dia punya sikap memang orang yg rapat dgn dia je tahu. Kalau awek kat kampus confirm awal2 lari. Sebab apa? Sebab dia naik motor buruk hidup segan mati tak mahu. Pakai baju yang dh lama, kasut tak ikut style macam kitaorang. Tapi tak ramai tahu si Adam ni orang senang. Tak, dia bukan kedekut, malah pemurah. Selalu dia belanja kami 1 rumah makan, tapaukan lauk-lauk, belikan barang dapur.
Setiap kali ke masjid aku nampak dia bersedekah dalam tabung. Curi-curi pergi sedekah taknak bagi aku nampak. Kami punya nota kuliah dia tolong photostat tanpa minta duit langsung. Orang hulur dia ambil. Kalau tak dia diam. Kadang dia cakap takpe aku sedekah, doakan aku murah rezeki.
Bab tolong orang, kawan-kawan, Adam lah orang first kedepan bila ada kawan susah. Mintak tolong datang motor rosak, pinjam duit, tolong study, sehabis usaha Adam tolong. Aku kesian sebab ada yang cuba ambil kesempatan atas kebaikan Adam.
Paling best dia jadi roomate aku, sebab dia pembersih. Tiap minggu si Adam ni la yg cuci toilet, sapu sampah. Korang faham jela tandas lelaki macam mana kan. Berdosa bila igt balik kami malas kemas rumah sebab ada si adam ni yang akan kemas balik. Tak pernah dia marah ktorang sepahkan rumah. Sebab apa ? Sebab dia sejenis sangat menjaga hubungan sesama kawan. Padahal memang salah ktorang pun. Haha tolong jangan kecam aku! Aku menyesal okay. Huhu
Adam ni budak pandai tapi kaki game jugak macam ktorg. Tp dia layan game pun otak genius. Malam sebelum exam semua beratur depan dia, dia ajar semua orang. Kadang aku tgk dia tak smpt study untuk diri sendiri.
Sekarang kami masing-masing dah kerja. Adam dah dapat kerja yang bagus. Aku doakan kau kawin cepat Adam. Awek Adam ni kawan kami masa di universiti. Aku tahu dia ikhlas berkawan dgn Adam sebab dia kenal Adam sebagai mamat selekeh, dengan kapcai buruk. Beruntung dia sebab ingatkan dapat kaca, rupanya permata!
Aku tengok dorang saling membantu, susah senang sama-sama. Aku doakan jodoh korang guys.
Thanks Adam atas jasa kau selama ni. Aku rindu nak ada sahabat yang betul2 sahabat macam kau. Moga Allah beri kebaikan selalu pada kau.
-Jai-
Jai
Sumber & Kredit: iiumc
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Adam
Anda sekarang membaca artikel Adam dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/adam.html