link : Aedes Terus Mengganas Ketika Umat Islam Masih Meraikan Aidilfitri
Aedes Terus Mengganas Ketika Umat Islam Masih Meraikan Aidilfitri
Selangor mencatatkan kes demam denggi tertinggi ketika ini. (Gambar: datafloq.com)
Wabak demam denggi masih memberi kebimbangan pada setiap masyarakat di seluruh negara apabila boleh dikatakan setiap minggu puluhan kes dilaporkan dan lebih berbahaya, ia turut mencatatkan beberapa kematian.
Semua sedia maklum masalah demam denggi menular akibat pembiakan nyamuk aedes yang membiak di kawasan perumahan tidak kira di persekitaran dalam atau luar rumah.
Biarpun bilangan kes demam denggi di Pulau Pinang dilaporkan mencatatkan sedikit penurunan pada tahun ini berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu tetapi kes kematian terus berlaku ketika umat Islam sedang menyambut Aidilfitri.
SELANGOR TERTINGGI
Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata, berdasarkan laporan kes denggi pada minggu ke-26 bermula dari 25 Jun sehingga 1 Julai lalu mencatatkan sejumlah 38 kes dilaporkan.
Menurutnya, secara keseluruhan kes denggi di seluruh negara mencatatkan Selangor adalah negeri yang mempunyai kes tertinggi dan paling rendah adalah Pulau Pinang,
Statistik terkini kes denggi tertinggi di seluruh negara:
- Selangor sebanyak 27,089 kes (41 kematian)
- Kuala Lumpur dengan 5,050 kes (17 kematian)
- Perak mencatatkan 4,065 kes (tujuh kematian)
- Johor sebanyak 3,920 kes (11 kematian)
- Negeri Sembilan dengan 2,469 kes (10 kematian)
- Pulau Pinang dengan 1,204 kes (lapan kematian)
LOKALITI DIKENAL PASTI
Tambahnya, secara kumulatif sehingga 1 Julai lalu, sebanyak 1,204 kes denggi dilaporkan berbanding 1,881 kes pada tahun lalu dengan lapan kematian berbanding 10 kematian pada 2016.
"Pada ketika ini, 13 lokaliti wabak terkawal dilaporkan di Pulau Pinang iaitu Jalan Gemas, Flat Jalan Kedah, Taman Seri Damai, Taman Free School, Kampung Dodol, Jalan Bagan Serai, Medan Kuda Lari, Persiaran Paya Terubong dan Medan Angsana.
"Terdapat dua lokaliti wabak tak terkawal iaitu Taman Perak dan Flat Seri Delima dan dua lokasi hotspot denggi iaitu Sri Wangsa 2 dan Taman Bukit Jambul," katanya ketika mengunjungi keluarga mangsa denggi di Sungai Ara, Pulau Pinang baru-baru ini yang mana seorang remaja remaja lelaki berusia 17 tahun meninggal dunia pada 1 Julai lalu ketika sambutan Aidilfitri.
MASYARAKAT HENTI PENULARAN DENGGI
Dr Afif berkata, pihaknya terus mengingatkan masyarakat mengambil langkah keselamatan menghentikan penularan penyakit denggi dengan melakukan pemeriksaan dalam rumah dan kawasan sekitar. Pemeriksaan amat penting untuk mengenalpasti dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes selain ubat pembunuh jentik-jentik boleh diperolehi dari klinik kesihatan kerajaan.
"Bukan itu sahaja, aktiviti gotong royong digalakkan diadakan di kawasan perumahan bagi menghapuskan tempat-tempat berpotensi pembiakan aedes selain beri kerjasama kepada anggota kesihatan menjalankan semburan kabus.
"Paling utama mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital apabila demam dan tanda-tanda penyakit denggi seperti sakit badan, sendi, muntah, ruam dan kurang selera makan," katanya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Aedes Terus Mengganas Ketika Umat Islam Masih Meraikan Aidilfitri
Anda sekarang membaca artikel Aedes Terus Mengganas Ketika Umat Islam Masih Meraikan Aidilfitri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/aedes-terus-mengganas-ketika-umat-islam_11.html