KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan akan mengadakan lawatan kerja ke Kazakhstan dari 10 hingga 13 Julai, mewakili kementerian pada Sambutan Hari Malaysia pada 10 Julai 2017 di Astana EXPO 2017, ekspo khusus dunia bertemakan ‘Tenaga Masa Depan’.
Dalam satu kenyataan hari ini, MITI berkata Ahmad juga akan menyampaikan ucaptama bertajuk Peluang Perniagaan Bersama Malaysia pada Forum Perniagaan Malaysia-Kazakhstan pada 12 Julai.
“Forum yang berlangsung di Ritz-Carlton Astana itu dijangka dihadiri wakil syarikat-syarikat Kazakhstan dan peserta ekspo antarabangsa yang mempunyai minat eksport dan pelaburan dengan Malaysia dan ASEAN,” kata MITI.
Timbalan Menteri itu juga dijadual bertemu pemimpin beberapa syarikat Kazakhstan bagi membincangkan peluang perniagaan dan pelaburan antara kedua-dua negara, terutama dalam sektor perkilangan termasuk peranti perubatan, produk makanan, pengeluaran komponen elektrik dan elektronik dan alat ganti automotif.
Kazakhstan ialah rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam kalangan negara Komanwel Negara Merdeka, kata MITI.
Jumlah dagangan dengan Kazakhstan pada 2016 meningkat 36.1 peratus kepada RM203.58 juta (US $49.22 juta).
Barangan eksport utama Malaysia ke Kazakhstan ialah produk persediaan berasaskan kopi (pertanian) manakala dua import terbesar dari Kazakhstan ialah zink dan komponen televisyen.
Syarikat Malaysia telah bertapak di Kazakhstan dalam sektor seperti minyak dan gas, pembuatan simen selain perkhidmatan perundingan dalam pendidikan dan latihan. – BERNAMA
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Ahmad Maslan Ke Kazakhstan Untuk Lawatan Kerja
Sekianlah artikel Ahmad Maslan Ke Kazakhstan Untuk Lawatan Kerja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ahmad Maslan Ke Kazakhstan Untuk Lawatan Kerja dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/ahmad-maslan-ke-kazakhstan-untuk.html