AirAsia X Patah Balik Gara-Gara Enjin Langgar Burung

AirAsia X Patah Balik Gara-Gara Enjin Langgar Burung - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AirAsia X Patah Balik Gara-Gara Enjin Langgar Burung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AirAsia X Patah Balik Gara-Gara Enjin Langgar Burung
link : AirAsia X Patah Balik Gara-Gara Enjin Langgar Burung

Baca juga


AirAsia X Patah Balik Gara-Gara Enjin Langgar Burung

KUALA LUMPUR – Pesawat AirAsia X yang dalam penerbangan ke sini terpaksa patah balik ke Brisbane, Australia sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Gold Coast lewat malam Isnin.

Ia dipercayai akibat kerosakan enjin selepas melanggar burung dalam insiden pelik kira-kira pukul 10.20 malam waktu tempatan (12.10 tengah malam Selasa waktu Malaysia), menurut laporan media.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata, penerbangan D7 207 yang membawa 345 orang penumpang dan 14 anak kapal itu bagaimanapun selamat mendarat pada 11.33 malam waktu tempatan.

“Pesawat berkenaan berpatah balik selepas mengalami masalah enjin dipercayai disebabkan oleh burung yang masuk ke dalam enjin pesawat, malahan dua bangkai burung turut ditemui bergelimpangan di atas landasan.

“Kami mengikuti setiap garis panduan bagi memastikan keselamatan penumpang di mana buat masa ini setiap keperluan mereka sedang diuruskan oleh kakitangan kami,” katanya dalam satu kenyataan media.

Benyamin turut memuji tindakan pantas dan profesionalisme kru penerbangan dalam memastikan keselamatan penumpang sehingga pesawat berkenaan berjaya mendarat di Lapangan Terbang Brisbane.

“Pihak kami akan menyediakan penerbangan khas bagi membawa penumpang daripada pesawat D7207 dapat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur secepat mungkin,” kata beliau lagi.

Dalam pada itu, seorang penumpangnya, Eric Lim dipetik media mendakwa, enjin kanan pesawat tiba-tiba terhenti selepas kedengaran bunyi letupan sebanyak tiga kali. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel AirAsia X Patah Balik Gara-Gara Enjin Langgar Burung

Sekianlah artikel AirAsia X Patah Balik Gara-Gara Enjin Langgar Burung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AirAsia X Patah Balik Gara-Gara Enjin Langgar Burung dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/airasia-x-patah-balik-gara-gara-enjin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :