link : Aiyokk… Che Ta Dah Bagi Warning Dah Tu! Jaga-Jaga Lah Korang
Aiyokk… Che Ta Dah Bagi Warning Dah Tu! Jaga-Jaga Lah Korang
SATU Malaysia gempar dengan kisah seorang artis popular memukul isterinya yang masih dalam pantang.
Tak perlu nak sebut dah siapa artis tu sebab sebelum ni pun kami dah banyak up story tentang kisah rumah tangga Aliff dan Bella.
Ramai yang terkesan dengan perbuatan Aliff tu. Ada yang kecewa sebab Aliff sanggup pukul isterinya hanya kerana perempuan lain. Ramai juga yang melabelkan Afifah itu sebagai ‘perampas’ kebahagiaan rumah tangga orang lain.
Kurang daripada tempoh 24 yang lepas, selebriti terkenal, Rozita Che Wan,44, telah memuat naik satu petikan daripada artikel yang telah memaparkan dirinya degan suami, Zain Saidin,33 sebagai penghias muka hadapan sebuah akhbar tempatan mengenai isu perkawinan suami muda.
Kebetulan betul dok tajuk pasal perkahwinan semua ni kan. Yang bestnya, Che Ta punya kapsyen tu yang buat orang tergelak tu! Amboi Che Ta sindir nampak?
“Muda atau tua tak penting, yang penting jangan rembat laki orang, betui dak? Kita memang la jaga laki kita, tapi syaiton juga berleluasa. Harap harap jangan la sapa pulak dok rembat laki kami oiiiiii,” tulis Che Ta.
Perli teruk ni Che Ta! Ye lah kan, Zain tu pun boleh tahan kacaknya, muda pulak tu. Mesti ramai yang dok usha usha je.
Tapi masalahnya ada ke yang berani nak usha Zain? Sebelum nak usha Zain, diorang kena lalu Che Ta dulu oihh! Kau nak tengok Che Ta keluar kuku ghimau dia, cuba lah menggatal dengan laki dia tu.
Apa pun, Che Ta memang steady lah! Tapi memang kelakar pun kapsyen Che Ta tu kan. 2 in 1. Menasihat sambil bagi warning!
Pasal kes ni lagi, tak campur pulak dengan sesi balas membalas di Intsa story oleh adik Bella, Didi Astillah, kakak Afifah, Anzalna Nasir, kekasih hati Afifah, Wan Ariff.
Dan yang paling steady, Aisyah Aziz iaitu adi kepada Aliff Aziz. Yang hanya mengatakan bahawa dia bukan orang yang layak untuk komen tentang isu itu. Bagus Ecah! Awak buat keputusan yang baik untuk tidak masuk campur dalam urusan rumah tangga abang awak tu.
Harapnya lepasni Aliff dapat bersuara bagi menenangkan kembali keadaan yang dah semakin keruh… Semoga Bella pun dapat lebih bertenang dan banyakkan berehat sementara tengah berpantang ni. Semua orang dah boleh tenang dan jaga hal sendiri.-MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah
Loading...
Demikianlah Artikel Aiyokk… Che Ta Dah Bagi Warning Dah Tu! Jaga-Jaga Lah Korang
Anda sekarang membaca artikel Aiyokk… Che Ta Dah Bagi Warning Dah Tu! Jaga-Jaga Lah Korang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/aiyokk-che-ta-dah-bagi-warning-dah-tu.html