link : Akhirnya Disney berjaya 'temui' Aladdin dan Jasmine
Akhirnya Disney berjaya 'temui' Aladdin dan Jasmine
Portal media antarabangsa melaporkan, aktor muda, Mena Massoud, akan memegang watak utama sebagai Aladdin.
Pengumuman itu dibuat oleh Presiden Walt Disney, Sean Bailey, dalam satu acara di California, pada Sabtu.
Massoud berasal dari Mesir, namun dibesarkan dan menetap di Kanada.
Seperti dijangka, watak Jasmine pula diberikan kepada Naomi Scott, yang sebelum ini dikenali dengan watak Pink Ranger dalam filem Power Rangers yang menemui penonton Mac lalu.
Scott yang berdarah keturunan India-British, menewaskan dua pesaingnya untuk watak tersebut, Tara Sutaria dan Jade Thirlwall.
Sementara itu, aktor Will Smith pula disahkan akan membawa watak Genie.
Filem yang akan diarahkan oleh Guy Ritchie akan memulakan penggambaran Ogos ini.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Akhirnya Disney berjaya 'temui' Aladdin dan Jasmine
Sekianlah artikel Akhirnya Disney berjaya 'temui' Aladdin dan Jasmine kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Akhirnya Disney berjaya 'temui' Aladdin dan Jasmine dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/akhirnya-disney-berjaya-temui-aladdin.html