Akta Barang Lusuh Perlu Dipinda Atasi Kecurian Kabel

Akta Barang Lusuh Perlu Dipinda Atasi Kecurian Kabel - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Akta Barang Lusuh Perlu Dipinda Atasi Kecurian Kabel, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Akta Barang Lusuh Perlu Dipinda Atasi Kecurian Kabel
link : Akta Barang Lusuh Perlu Dipinda Atasi Kecurian Kabel

Baca juga


Akta Barang Lusuh Perlu Dipinda Atasi Kecurian Kabel

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah sekali lagi menggesa agar Akta Barang Lusuh 1946 yang sebelum ini pernah diusulkan di Kabinet dipinda dengan segera bagi mengekang kejadian kecurian kabel yang semakin berleluasa.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia Datuk Norsabrina Abdullah berkata gesaan itu dibuat selepas melihat berlaku peningkatan kes kecurian kabel di seluruh Kedah.

“Pindaan akta ini merupakan langkah terbaik yang boleh dilakukan bagi mengatasi kecurian kabel yang berlaku di Kedah dan seluruh negara kerana pada masa ini sesiapa saja boleh membeli dan menjual kabel yang dicuri.

“Bayangkan, walaupun kebanyakan kabel kuprum telah ditukar kepada jenis gentian optik, kecurian masih berlaku kerana masih terdapat permintaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Webe Telekom Malaysia Berhad (TM) di sini, semalam.

Beliau berkata impak daripada kecurian kabel ini menyebabkan penduduk di kawasan luar bandar menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi berikutan capaian telekomunikasi yang agak terhad.

“Rata-rata penduduk luar bandar terutamanya warga emas memilih menggunakan telefon talian tetap kerana kurang arif dengan penggunaan telefon bimbit tetapi kes kecurian kabel telekomunikasi ini telah menyukarkan mereka.

“Dalam kawasan saya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kulim Bandar Baharu pun berlaku kes kecurian ini dan jelas dilihat apabila pihak Telekom Malaysia (TM) sudah memasang kabel empat kali, tetapi masih lagi dicuri,” katanya.

Sementara itu, Norsabrina berkata penambahbaikan infrastruktur telekomunikasi turut giat dilakukan termasuk menaik taraf talian daripada 2G kepada 4G yang melibatkan 41 menara telekomunikasi di seluruh negeri.

“Proses menaik taraf tersebut dilakukan secara berperingkat dan dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir Julai ini di lima daerah iaitu Sik, Pendang, Padang Terap, Baling dan Bandar Baharu.

“Kita juga dalam perancangan untuk menambah menara baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan jumlahnya mengikut keperluan kawasan,” katanya.  – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Akta Barang Lusuh Perlu Dipinda Atasi Kecurian Kabel

Sekianlah artikel Akta Barang Lusuh Perlu Dipinda Atasi Kecurian Kabel kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Akta Barang Lusuh Perlu Dipinda Atasi Kecurian Kabel dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/akta-barang-lusuh-perlu-dipinda-atasi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :