Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak Bermula 10 Julai

Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak Bermula 10 Julai - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak Bermula 10 Julai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak Bermula 10 Julai
link : Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak Bermula 10 Julai

Baca juga


Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak Bermula 10 Julai

KUALA LUMPUR – Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 akan mula berkuat kuasa pada 10 Julai ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurut catatan dalam laman Facebooknya hari ini, Azalina berkata beliau telah menandatangani Dokumen Penetapan Tarikh Permulaan Kuat Kuasa Akta itu di pejabatnya di Parlimen petang tadi.

Dengan meletakkan hash tag #HentikanMY, #NegaraKuMalaysia dan #WalkTheTalk, beliau turut memuat naik gambarnya sedang menandatangani dokumen akta berkenaan di laman sosial itu.

Akta yang diluluskan pada April lepas itu bertujuan melindungi kanak-kanak 18 tahun ke bawah daripada jenayah seksual yang selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001.

Individu yang didapati bersalah melakukan perbuatan seksual terhadap kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan boleh dihukum sebat.

Di bawah akta itu juga, individu-individu yang didapati membuat, memiliki dan mengedarkan pornografi kanak-kanak, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 30 tahun dan enam kali rotan, serta didenda sehingga RM5,000 jika didapati memegang maklumat mengenai kesalahan seksual terhadap kanak-kanak. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak Bermula 10 Julai

Sekianlah artikel Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak Bermula 10 Julai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak Bermula 10 Julai dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/akta-jenayah-seksual-kanak-kanak.html

Subscribe to receive free email updates: