Akui Lantik Mahathir, Anwar Strategi Politik?

Akui Lantik Mahathir, Anwar Strategi Politik? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Akui Lantik Mahathir, Anwar Strategi Politik?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Akui Lantik Mahathir, Anwar Strategi Politik?
link : Akui Lantik Mahathir, Anwar Strategi Politik?

Baca juga


Akui Lantik Mahathir, Anwar Strategi Politik?

KUALA LUMPUR – DAP menegaskan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan ketua dalam Pakatan Harapan walaupun pimpinan tertinggi pakatan pembangkang itu kini dibarisi oleh pemimpin dua parti tersebut.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, partinya tetap mempunyai hak sama rata dengan PKR dan PPBM dalam Pakatan Harapan walaupun Pakatan Harapan mengumumkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umumnya.

Malah, kata beliau, sebarang keputusan yang mahu dibuat oleh Pakatan Harapan tetap memerlukan persetujuan DAP, bukan seperti Barisan Nasional (BN) yang beliau dakwa hanya didominasi oleh parti Melayu UMNO.

“Pakatan Harapan merupakan sebuah gabungan yang sama rata, tiada parti mendominasi dan prinsip Pakatan Harapan ialah konsensus antara keempat-empat parti ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan Harapan semalam mengumumkan pelantikan Mahathir daripada PPBM sebagai Pengerusi dan Anwar daripada PKR sebagai Ketua Umum, namun pengumuman itu disambut dengan rasa curiga ramai pihak.

Langkah itu dipercayai semata-mata bertujuan mengaburi mata orang Melayu kononnya Pakatan Harapan didominasi oleh Melayu walhal umum mengetahui majoriti pemimpin dalam gabungan parti pembangkang itu terdiri daripada bukan Melayu.

Mengulas perkara itu, Kit Siang berkata, UMNO sebelum ini mendakwa DAP mendominasi Pakatan Harapan dan Malaysia akan diperintah Cina jika Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana Mahathir dan Anwar cuma boneka DAP.

Justeru, katanya, Pakatan Harapan pada 13 Julai lalu mengumumkan Mahathir sebagai Pengerusi dan Anwar sebagai Ketua Umumnya sebagai strategi untuk memastikan Pakatan Harapan menang dalam PRU14.

Sehubungan itu, beliau berpendapat, masa untuk UMNO kini sudah tamat kerana rakyat tidak lagi mempercayai bukan Melayu akan memerintah negara ini jika Pakatan Harapan berjaya merampas Kerajaan Persekutuan. -MYNEWSHUB.CC

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Akui Lantik Mahathir, Anwar Strategi Politik?

Sekianlah artikel Akui Lantik Mahathir, Anwar Strategi Politik? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Akui Lantik Mahathir, Anwar Strategi Politik? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/akui-lantik-mahathir-anwar-strategi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :