link : Al-Fatihah buat Ahmad Basri malam ini
Al-Fatihah buat Ahmad Basri malam ini
‘One minute silence’ akan diadakan sebelum sepakmula perlawanan antara Kedah menentang Selangor di Stadium Darul Aman pada jam 9 malam ini bagi memperingati pemergian bapa pembangunan bolasepak Kedah, Allahyarham Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil ke Rahmatullah pada 15 Julai 2008.
Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar berkata, semua penyokong diminta membaca surah Al-Fatihah manakala yang bukan Islam bertafakur selama satu minit.
Menurutnya, tanggal 15 Julai adalah hari paling sedih buat bolasepak Kedah kerana kehilangan tokoh tersebut bukan sahaja dirasai oleh peminat Hijau Kuning malah mengejutkan semua pihak terutamanya pemerhati bolasepak tanahair.
“Hari ini, pengurusan tertinggi Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman mengambil inisiatif untuk menghargai sumbangan Allahyarham selama ini kepada bolasepak Kedah.
Antara sumbangan besar Allahyarham adalah mempopularkan gelaran pasukan Hijau Kuning dan meninggalkan legasi lagu rasmi pasukan Kedah ‘Biar Jasa Jadi Kenangan’ yang juga merupakan motto Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman yang kekal hingga ke hari ini,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Allahyarham pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Kedah serta Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia satu masa dahulu, mula mengukir nama di arena bolasepak tanahair selepas menerajui Hijau Kuning di penghujung zaman 80an.
Kedah layak ke pertandingan Piala Malaysia selama tiga tahun berturut-turut dari tahun 1987 hingga 1989, menjuarai Piala Malaysia dan Piala FA di awal 90an.
Allahyarham adalah watak utama merancang kebangkitan skuad Hijau Kuning bermula musim 2006 apabila merintis kejayaan sejarah bolasepak negara dengan merangkul tiga piala bagi dua musim berturut-turut pada musim 2007 dan 2008.
Usaha pembangunan yang bermula di Kedah memberi fokus kepada akar umbi, sistem akademi dan corak pengurusan yang ditinggalkan olehnya antara rujukan hari ini yang menjadi pedoman kepada generasi pengurusan bolasepak alaf baru.
The post Al-Fatihah buat Ahmad Basri malam ini appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Al-Fatihah buat Ahmad Basri malam ini
Anda sekarang membaca artikel Al-Fatihah buat Ahmad Basri malam ini dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/al-fatihah-buat-ahmad-basri-malam-ini.html