link : Alhmdulillah, Umat Islam Dibenarkan Kembali Menunaikan Solat Di Dalam Masjid Al-Aqsa..
Alhmdulillah, Umat Islam Dibenarkan Kembali Menunaikan Solat Di Dalam Masjid Al-Aqsa..
BAITULMAQDIS/RAMALLAH – Ulama Islam di Baitulmaqdis pada Khamis mengumumkan umat Islam kini dibenarkan kembali menunaikan solat di dalam Masjid Al-Aqsa.
Ia selepas dua minggu masyarakat Muslim berdepan tekanan angkara Israel yang menutup serta memperkenalkan langkah keselamatan di masjid berkenaan.
Saluran 2 Televisyen Ibrani melaporkan, Mufti Baitulmaqdis dan Waqaf Jordan, Mohammed Hussein, memberitahu status quo Masjid Al-Aqsa telah dikembalikan.
Pengumuman itu dibuat, beberapa jam selepas pihak rejim Israel membuka semula alat pengesan logam dan kamera pengawasan yang dipasang di pintu masuk masjid.
Sepanjang dua minggu lepas, ratusan umat Islam solat berjemaah di luar tapak masjid sebagai membantah langkah rejim zionis itu.
Alat pengesan keselamatan yang dipasang ekoran serangan maut berjaya membunuh tiga anggota polis rejim Zionis, mencetuskan bantahan besar-besaran.
Tapak masjid berkenaan terletak di Baitulmaqdis Timur yang ditawan Israel dalam perang 1967 dan sejak itu Israel mula menuntut hak mentadbir wilayah berkenaan namun ia tidak pernah diiktiraf di peringkat antarabangsa. – BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Alhmdulillah, Umat Islam Dibenarkan Kembali Menunaikan Solat Di Dalam Masjid Al-Aqsa..
Sekianlah artikel Alhmdulillah, Umat Islam Dibenarkan Kembali Menunaikan Solat Di Dalam Masjid Al-Aqsa.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Alhmdulillah, Umat Islam Dibenarkan Kembali Menunaikan Solat Di Dalam Masjid Al-Aqsa.. dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/alhmdulillah-umat-islam-dibenarkan.html