Aliff akui 'bukan atas urusan kerja' [METROTV]

Aliff akui 'bukan atas urusan kerja' [METROTV] - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Aliff akui 'bukan atas urusan kerja' [METROTV], kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Aliff akui 'bukan atas urusan kerja' [METROTV]
link : Aliff akui 'bukan atas urusan kerja' [METROTV]

Baca juga


Aliff akui 'bukan atas urusan kerja' [METROTV]

PELAKON Aliff Aziz mengaku dia keluar berdua dengan Affifah Nasir ke pusat karaoke di Cheras, Kuala Lumpur, Khamis lalu dan ia bukan atas urusan kerja seperti didakwa.

Aliff, 26, berkata, dia berani mengakui perkara itu kerana dia dan Afifah yang juga pelakon tahu apa yang berlaku di antara mereka berdua.

Sehubungan itu, Aliff turut mengakui kesalahannya terhadap isteri, Bella Astillah, 23, termasuk mengasari isterinya itu di pusat karaoke berkenaan.

“Saya juga tak menyalahkan isteri atas tindakannya membuat laporan polis. Apa saya boleh katakan, jika saya berani mengakui perkara ini, Afifah juga perlu berani berbuat sedemikian bagi menamatkan segala spekulasi orang luar. Lagipun dia juga tahu apa yang berlaku antara kami. Orang kata, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

"Cuma terpulang sama ada dia nak membuat kenyataan atau tidak. Saya tak mahu memaksanya," katanya.

Aliff dan Bella ditemui pada sidang media di Shah Alam hari ini bagi menjelaskan perkara sebenar kemelut rumah tangga mereka.

Pada sidang media itu, Aliff turut menafikan dia memukul dan membelasah isterinya seperti yang tular di Internet.

Sementara itu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah mengakui sudah menarik semula laporan polis yang dibuat ke atas suaminya Sabtu lalu.

"Saya tarik semula laporan kerana memikirkan rumah tangga dan anak. Saya buat laporan bukan ingin mendedahkan sikap buruk suami, sebaliknya mahu masyarakat tahu wujud orang ketiga dalam rumah tangga kami," katanya.

Ditanya adakah dia memaafkan Afifah atas apa yang berlaku, Bella enggan memberi sebarang komen sebaliknya membiarkan waktu yang menentukan segalanya.

Harian Metro hari ini melaporkan Aliff dan Bella sudah berdamai selepas penyanyi berasal dari Singapura itu memohon maaf kepada isterinya sebaik sahaja dibebaskan pagi Sabtu lalu.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Aliff akui 'bukan atas urusan kerja' [METROTV]

Sekianlah artikel Aliff akui 'bukan atas urusan kerja' [METROTV] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Aliff akui 'bukan atas urusan kerja' [METROTV] dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/aliff-akui-bukan-atas-urusan-kerja.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :